"Allahumma antas sohibu fissafar, wal khalifatu fil ahli wal mali wal aulad..."

"Ya Allah, ya Tuhan Kami, engkaulah teman pengiring (penjaga) kami di dalam perjalanan, juga penjaga ahli keluarga kami, harta kami dan anak-anak kami..."

Dengan izin Allah, petang esok musafir saya dan keluarga ke United Kingdom akan bermula, insya Allah, dengan penerbangan kami berlepas jam 3.50 ptg. Pelbagai persediaan telah dibuat terutamanya bagi mengurangkan kos-kos perjalanan yang berganda disebabkan pertukaran mata wang yang tinggi.

Insya Allah ana akan cuba kongsikan sedikit sebanyak maklumat yang boleh dikongsikan bersama dalam merealisasikan perjalanan ini.

Penjimatan kos yang pertama ialah dengan menempah tiket AirAsia X lebih awal, terutama apabila tempoh penempahan tiket murah dibuka. Alhamdulillah, kami dapat menjimatkan kira-kira RM2000 bagi 4 tiket yang ditempah bulan Disember tahun lepas, berbanding tiket yang baru ditempah hujung bulan Januari.

Keduanya, kos penginapan hotel murah di London sangat tinggi walaupun untuk hotel 1 bintang sehingga mencecah RM 300- RM400 dan setiap bilik tidak boleh dikongsi lebih 2 orang kecuali family room yang lebih mahal. Semuanya disebabkan perbezaan matawang. Jadinya kalau berempat dah kena sewa 2 bilik, kalau 10 hari, pastinya kosnya sangat merugikan, sedangkan bilik hotel hanya digunakan untuk kita tidur dan merehatkan diri sahaja. Terima kasih kepada Ustaz Erfino Johari yang telah memberikan cadangan website penginapan rumah teres warga Malaysia yang menyewakan penginapan jauh lebih murah dari hotel. Alamatnya seperti berikut http://tinggal247.blogspot.com/ . Memang banyak penjimatan dapat dibuat dengan menyewa bilik di rumah ini, khususnya tak perlu menyewa 2 bilik.


Suasana di Denzil Road, rumah penginapan

Master Bedroom di rumah penginapan


Regular room di rumah penginapan


Dapur di penginapan


Dengan menyewa bilik di rumah ini, secara automatik kami juga dapat menjimatkan kos makanan sebab di rumah ini juga disediakan dapur untuk memasak dan mesin basuh untuk membasuh pakaian. Tidaklah kami perlu membawa periuk nasi untuk memasak sepertimana sewaktu kami ke Hong Kong dulu.

Ada lagi penginapan sebegini ditawarkan di kota London, antara yang lain ialah: http://45londonstay.blogspot.com/.

Selain itu, saya juga cuba menjimatkan kos dengan tidak menggunakan travel agent. Mungkin agak susah juga untuk mencuba-cuba sendiri, namun dengan sedikit research yang telah saya dan isteri buat melalui laman-laman web, Insya Allah kami akan cuba lalui juga. Semoga Allah mempermudahkan.. Rasanya kemungkinan lebih senang tanpa travel agent di negara yang boleh berbahasa Inggeris sepenuhnya, kerana lebih mudah kita nak bertanya kepada orang awam jika tersesat jalan. Menyewa penginapan dengan warganegara Malaysia juga tambah melegakan hati saya, kerana sekurang-kurangnya ada tempat saya nak bertanya dalam keadaan memerlukan.. Insya Allah. Kemungkinan keadaan lebih sukar di Paris kerana menurut sahabat-sahabat yang pernah ke sana, walaupun warga tempatan di sana boleh berbahasa inggeris, tapi mereka hanya suka menggunakan bahasa perancis.

Berikut antara link-link untuk rujukan saya (mudah untuk saya buka sewaktu di London melalui blog ini) dan anda yang berhajat untuk mengembara ke UK di masa-masa akan datang:


http://tinggal247.blogspot.com/ (Penginapan saya)
http://www.qiblalocator.com/ (Arah Kiblat)
http://www.qibladirection.com/ (Arah Kiblat)
http://www.salahtimes.com/ (Waktu Solat)
http://www.muspages.com/Category/Shops/General-Stores/ (Kedai-kedai Muslim)
http://www.visitlondon.com/attractions/ (Tempat menarik)
http://www.xe.com/ (Kadar Pertukaran matawang)
http://maps.google.com/ (Google map)
http://www.multimap.com/ (Peta lagi)
http://www.iccuk.org/ (Masjid di London)
http://www.alislam.org/ (Masjid di London)
http://weather.yahoo.com/ (Ramalan kajicuaca)
http://news.bbc.co.uk/weather/ (Ramalan kajicuaca)

Waktu solat sepanjang di London:

Asar pukul 2, maghrib pukul 5, awal tu...


Ramalan cuaca ketika di london:

Hujan je memanjang ni, kena sediakan payung sebelum hujan/salji


Insya Allah, saya akan cuba update lagi sedikit sebanyak info sepanjang di UK. Kerana menurut tuan rumah, di tempat penginapan turut di sediakan WiFi..

Doakan semoga Allah sentiasa memelihara perjalanan kami sepanjang musafir ini, juga perjalanan sahabat-sahabat se'inteam'ku ke Pattani, kemudian ke Pulau Krabi, Thailand dan seterusnya Ke United Kingdom.....
Doakan perjalanan kami selamat pergi dan pulang semula ke tanahair insya Allah.
Terima kasih atas doa-doa kalian...
|
2 Responses
  1. semoga Allah mempermudahkan perjalanan.


  2. Bicara IMG Says:

    semoga selamat pergi dan balik..dan semoga Allah sentiasa memberkati usaha kalian..amin..


Blog Widget by LinkWithin