Bulan Ramadan kali ini banyak juga program Ifthar yang perlu dihadiri Inteam...
Antaranya Kelana Central, Singgahsana, Legend Hotel, dan banyak lagi...
Namun yang menarik dan pasti meninggalkan memori indah ialah program anjuran Komuniti Teman Inteam; Ifthar Jamaie beserta Tahlil untuk Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim yang diadakan di Anjung Rahmat, Gombak..
Berikut adalah gambar-gambar sekitar program:

Presiden KTI ke-4 membacakan amanat Presiden Kti pertama



Juadah berbuka ringan, gabungan timur dan barat; Kurma Strawberry



Ketibaan Akhi Syah dan Keluarga



Bekas P.R Inteam saudara Caremore



Antara orang kuat Ifthar Jamaie, Presiden ke-3 KTI turut hadir



Sahabat lama bertemu



Satey sponsor



Makan berat selepas solat maghrib berjemaah



KTI turut sediakan surprise b'day cake untuk Akhi Rahim



Allah selamatkan kamu...



Antara Muslimin KTI yang hadir termasuk tetamu undangan; UNIC



Antara muslimat KTI yang hadir



Inteam dan bekas PR Inteam

Semoga program ini dapat mengeratkan lagi ukhwah di antara warga Komuniti Teman Inteam...
Semoga tahun-tahun mendatang program sebegini dapat dilaksanakan dengan lebih baik lagi... Insya Allah...


Alhamdulillah, sedar tak sedar rupanya 7 tahun berlalu sejak hari paling bahagia dalam hidupku iaitu hari perkahwinan pada 1 hb September 2002. Sudah 7 tahun aku mengharungi pahit manis kehidupan ditemani kekasihku yang satu; isteriku dan ibu kepada anak-anakku; penyejuk mata dan penawar hatiku.

Sesungguhnya tiada hadiah yang dapat menggantikan pengorbanan isteriku yang sentiasa menjadi penguat semangat dan penghibur hati dikala kepayahan... Tiada sehebat-hebat hadiah yang dapat menggantikan pengorbanan isteriku yang mempertaruhkan nyawanya untuk melahirkan anak-anak cahaya mata kami. Hanya kasih sayang tak berbelah bagi yang dapat kupersembahkan... Love you so much my dear sweetheart. Semoga Allah memperkuat ikatan kasih sayang kami, mengurniakan kebahagiaan di dunia dan akhirat, menyinari keluarga kami dengan cahaya keimanan dan amal soleh... Amiiinnn.....



















Blog Widget by LinkWithin