Alhamdulillah, sedar tak sedar rupanya 7 tahun berlalu sejak hari paling bahagia dalam hidupku iaitu hari perkahwinan pada 1 hb September 2002. Sudah 7 tahun aku mengharungi pahit manis kehidupan ditemani kekasihku yang satu; isteriku dan ibu kepada anak-anakku; penyejuk mata dan penawar hatiku.

Sesungguhnya tiada hadiah yang dapat menggantikan pengorbanan isteriku yang sentiasa menjadi penguat semangat dan penghibur hati dikala kepayahan... Tiada sehebat-hebat hadiah yang dapat menggantikan pengorbanan isteriku yang mempertaruhkan nyawanya untuk melahirkan anak-anak cahaya mata kami. Hanya kasih sayang tak berbelah bagi yang dapat kupersembahkan... Love you so much my dear sweetheart. Semoga Allah memperkuat ikatan kasih sayang kami, mengurniakan kebahagiaan di dunia dan akhirat, menyinari keluarga kami dengan cahaya keimanan dan amal soleh... Amiiinnn.....



















|
6 Responses
  1. Habib, gambar yang kota Singa tu manja nampak gemuklah:P :P :P

    Anyway.. thanks a lot my dear.. Manja betul2 hargainya:)) ooo inilah yang 'secret' sangat tadi:P :P Pandai ya!!!


  2. Nak nangis bila baca pun ada juga:P Terharu sungguh la.. huhu:P




  3. salam akhi amin. tahniah dah 7 tahun rumahtangga dia. saya bila ntah la. doakan saya terus tabah yer harung dunia ini.

    dapat plak zaujah dari timur, bangga betul.hihi...


  4. tahniah...m0ge kekal ke akhir hayat...=)


Blog Widget by LinkWithin