Assalamualaikum.

Marilah kita sama-sama doakan lebih kurang 800 aktivis kemanusiaan yang menaiki 8 buah kapal menuju Gaza, Palestine diselamatkan dan dilindungi Allah dari serangan Zionis Israel laknatullah.

Sekarang mereka sudah hampir dengan Gaza dan menghadapi risiko kemungkinan diserang tentera Israel dan dirampas kapal mereka.

Kapal-kapal yang membawa bekalan makanan dan perubatan ini tidak dibenarkan melepasi garisan sempadan yang ditetapkan Israel, namun pejuang-pejuang ini bertekad utk menghadapi apa jua kemungkinan dengan tetap akan menuju ke Gaza.






Berikut artikel dipetik dari sumber laman web haluanHALUAN

30 Mei – Pasukan ketenteraan Israel kini di bawah pengawasan dan arahan terus dari kerajaan Israel, telah bersedia untuk misi yang mereka namakan “Operation Sky Wind” / Operasi Angin Laut” bagi menyerang dan menangkap aktivis armada bantuan kemanusiaan Gaza atau Freedom Frotilla yang akan bergerak menuju ke Gaza dalam masa terdekat.

Sumber Israel melaporkan bahawa angkatan laut telah bersiapsedia dengan semua persiapan untuk pengambilalihan kapal-kapal tersebut, samada secara paksa jika perlu, dalam usaha untuk mengelakkan daripada konvoi tersebut berlabuh di pantai Gaza. Operasi ini dipimpin langsung oleh Komando Angkatan Laut Israel Mayor Jenderal Elizer Marom

Serangan yang dirancang meliputi empat tahap;

1. Tahap Amaran; Tentera Laut akan sentiasa berusaha untuk menghentikan kapal dari menghampiri garis sempadan yang ditentukan yang dikategori sebagai garis merah, apabila kapal menceroboh garis yang ditentukan, mereka akan diberi amaran bahawa mereka telah “melanggar undang-undang”.

2. Hentikan dan mengawal kapal-kapal tersebut; sekiranya kapal-kapal gagal mematuhi arahan Tentera Laut Israel, tentera laut Israel akan menyerang dan seterusnya mengambilalih lapan buah kapal yang mengangkut hampir 800 aktivis. Kapal-kapal akan dibawa ke Asdod Port dan aktivis akan ditahan di sebuah khemah besar yang telah dipasang untuk tujuan ini.

3. Diasingkan dan dihantar balik; tentera dan polis Israel memerintahkan para aktivis ditahan untuk menandatangani kenyataan menerima untuk dihantarbalik ke negara asal mereka, dan akan dihantar pulang melalui udara di Lapangan Terbang Ben Gurion.

4. Penangkapan sebelum dihantarbalik; sekiranya aktivis enggan dan menolak untuk menandatangani kenyataan untuk dihantar balik ke negara asal, mereka akan ditangkap, dihantar untuk pemeriksaan perubatan, kemudian dipindahkan ke Brigade Nahason milik Pentadbiran Penjara Israel sebelum dihantar ke Penjara Be’er Sheva Penjara dan kemungkinan penjara yang lain.

Mereka akan diadili dan dihantar pulang pada tahap seterusnya.

Sekitar 600 aktivis hak asasi manusia yang menaiki 8 buah kapal misi bantuan kemanusiaan menuju Gaza mengatakan bahawa mereka bertekad untuk sampai ke Gaza tanpa menghiraukan ancaman Israel.
Greta Berlin, juru bicara dari Gerakan Pembebasan Gaza, menyatakan bahawa “tidak ada yang akan menghentikan kapal ini, para aktivis hak asasi manusia tekad untuk mematahkan pengepungan dan sekatan Israel ke atas lebih 1.5 juta penduduk Palestin di Gaza, dan kami akan tetap menghantar bantuan kemanusiaan ini.” (imemc/alqudsol)


Info boleh didapati di http://haluanpalestin.haluan.org.my/?p=3795


Berikut adalah beberapa sms yang ana terima dari sumber-sumber Haluan:

"Dari ketua misi LL4G Malaysia: Tuan Hj. Noorazman: Kami sedang berada di perairan Gaza, dalam jam 4.30ptg (waktu malaysia), kami akan berdepan dengan kapal Israel. Pasukan konvoi LL4G Malaysia dan Indonesia diberi amanah utk menjaga keselamatan kapal konvoi.
Dijangkakan Komando Israel akan turun ke kapal melalui helikopter dan cuba merampas kapal konvoi tesebut. Pesanan beliau lagi, beliau minta doa dari kita semua. From sender: S/U CMT."

Sms lagi:

"Kapal kemanusiaan Gaza dikepung helikopter Israel. 11 rakyat Malaysia turut ada. website rasmi www.lifeline4gaza.org tak dapat dikemaskini kerana pihak Israel berusaha utk menghalang hubungan internet dan satelit antara konvoi dgn hubungan luar. Israel mengesahkan akan menghalang armada bantuan kemanusiaan memasuki Gaza."

Sama-samalah kita doakan saudara seIslam kita di sana selamat dan diberi perlindungan Allah dari yahudi zionis laknatullah. Bayangkan kita berada di tempat mereka sekarang, mungkin mereka bersedia menghadapi apa saja kemungkinan walaupun syahid fi sabilillah....

Info boleh didapati di http://www.lifeline4gaza.org/
Alhamdulillah, program Kau dihatiku 3 berjalan dengan jayanya dan pastinya meninggalkan kenangan tersendiri kepada semua peserta di kalangan warga KTI dan Family Unique.

Keaktifan anak-anak warga Kompleks Penyayang Bakti pastinya mencuit perasan semua dan satu cabaran serta pengalaman bagi kita untuk mengawal emosi dan mendekati mereka secara psikologi. Pastinya pengalaman sebegini sukar untuk kita dapati di dalam kehidupan seharian kita.

Dalam masa yang sama, kita juga harus mengawal kata-kata dan tindak tanduk supaya tidak melukakan hati ibu-ibu dan bapa-bapa warga emas yang pastinya sensitif dan lembut hatinya.

Tahniah kepada semua yang menjayakan program amal kali ini, dari pengarahnya, AJKnya, hinggalah kepada pesertanya. Walaupun penat dan berpeluh-peluh nak mengawal adik-adik kita, namun pastinya setitis sumbangan kita ini dapat menceriakan adik-adik kita dan ibu-ibu bapa-bapa yang kadangkala kesepian.

Semoga semuanya dikira sebagai amal jariah dan penambah semangat dan pengalaman kita untuk melalui hari-hari mendatang yang lebih mencabar.

Syukur juga dengan ikatan silaturrahim antara KTI dan FamilyUNIQUE yang semakin erat, bermakna 'manpower' atau tenaga manusia yang kita ada untuk menjalankan program amal akan bertambah ramai lagi.

Tahniah dan syabas sekali lagi!!!


Semua peserta dan AJK Kau Di hatiku 3


Cenderamata dari Kompleks Penyayang Bakti


Kek Istimewa tajaan Abai Os, Terima kasih ya... :-)


Sumbangan untuk Kompleks Penyayang Bakti


Antara warga emas yang hadir

Adik-adik Kompleks Penyayang sedang gembira
dengan aktiviti yang disediakan

Persembahan santai

Antara tenaga kerja program KD3

Adik-adik yang comel dan sangat aktif


Bazli UNIQUE dengan teka-tekinya

Sebelum ini pula telah berlangsung program Majlis Usrah Munsyid yang pertama dianjurkan oleh kumpulan Fareast bertempat di Fareast Bakery yang baru dibuka di Bangi. Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar dengan dihadiri wakil-wakil kumpulan nasyid dari Unique, Fareast, Inteam, Saffone, Nurirsyad, Munsyideen, Devotees, Nur Munajat dan banyak lagi.

Program ringkas dan padat ini di ketuai Ustaz Nabil Fareast sebagai naqib dan Ustaz Rozie turut memberikan ceramah ringkas untuk renungan bersama. Ustaz Rozie memberi pesanan bahawa penasyid-penasyid yang selalu memberi pengisian kepada pendengar dan penonton pun sepatutnya tidak lupa untuk mencari pengisian berbentuk ilmu untuk diri masing-masing. Selain itu, penasyid-penasyid yang hadir turut berkongsi idea dan pendapat.

Semoga program ini dapat diteruskan lagi dengan kumpulan nasyid lain pula yang menganjurkannya. Semoga sedikit sebanyak ia dapat memberi manfaat kepada penasyid-penasyid dan penggiat-penggiat nasyid...Insya Allah












Assalamualaikum...

AbuAfham posted: "Saf Kepimpinan KTI 2010 ingin mengucapkan setinggi-tingi ucapan tahniah buat kumpulan Inteam atas kemenangan di AIM 17. AIM 17 sebuah majlis anugerah muzik paling berprestij merupakan medium penghargaan yang terbaik bagi penggiat industri muzik tanahair. Alhamdulillah, inteam melalui album ALLAHU RABBI berjaya memenangi anugerah berikut: 1. Album Nasyid Terbaik AIM 17 2. Lagu Nasyid Terbaik - Dia Muhammad, Komposer: Frizdan. Tahniah daripada kami di KTI buat kumpulan Inteam, Saudara Suhaimi Saad, Saudara Hisyam Ahmad, para komposer dan penulis lirik yang terlibat dalam album ini dan semua individu yang terlibat dalam menjayakan album ini. Tahniah! Alfun mabruk! Congratulation!"


Alhamdulillah, segala puji-pujian selayaknya bagi Allah yang Maha Agung. Syukur yang tak terhingga ke hadrat Ilahi, yang pastinya ada hikmah yang tersurat dan tersirat disebalik kemenangan ini.

Kami sangat terharu dengan anugerah kali ini kerana ia sebagai mengiktiraf dan menghargai penat lelah kami dalam menghasilkan karya terbaik dalam album kami untuk tatapan anda semua.

Barisan top 5 AIM kategori nasyid semuanya hebat-hebat belaka bahkan terdiri dari sifu-sifu kami juga, namun rezeki kami untuk menjuarai anugerah kali ini, bukan bermakna yang lain tidak hebat.

Barisan komposer lagu dan lirik yang manthop, khususnya akhi Frizdan yang menjuarai kategori Lagu Nasyid Terbaik, semoga anda semua terus dikurniakan ilham oleh Allah SWT utk terus menghasilkan karya yg mampu mengetuk hati insani mendekati Ilahi.

Sewaktu mendapat berita kemenangan semalam, ana sedang memandu bersama inteam dalam kesesakan lebuhraya Utara-Selatan pulang dari Promosi di Pesta Buku Pulau Pinang. Kemenangan ini memang tidak disangka dan dijangka... alhamdulillah, semuanya berkat doa dan sokongan antum semua.

Anugerah ini menguatkan lagi semangat kami utk terus menghasilkan karya terbaik dari segi kualiti, dan yang pastinya kami cuba juga memperbaiki dari segi roh dan zuknya...

Semoga ada lagu kami yang menjadi asbab hidayah kepada orang lain yang mendengarnya kerana sesungguhnya anugerah itu yang kami harapkan dapat kami tuntut diakhirat kelak... Insya Allah....

Sesungguhnya kemenangan ini bukanlah kemenangan inteam semata, tetapi kemenangan semua dari A&R, Penerbit, penggubah lagu dan lirik, mixing dan mastering, music arranger, sessionist, rakan duet Suhaimi, Syam, Tahassan dan Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim, cover designer, photographer dan seluruh yang terlibat secara langsung atau tidak dalam pembikinan album ini....
Blog Widget by LinkWithin