Alhamdulillah, program Kau dihatiku 3 berjalan dengan jayanya dan pastinya meninggalkan kenangan tersendiri kepada semua peserta di kalangan warga KTI dan Family Unique.

Keaktifan anak-anak warga Kompleks Penyayang Bakti pastinya mencuit perasan semua dan satu cabaran serta pengalaman bagi kita untuk mengawal emosi dan mendekati mereka secara psikologi. Pastinya pengalaman sebegini sukar untuk kita dapati di dalam kehidupan seharian kita.

Dalam masa yang sama, kita juga harus mengawal kata-kata dan tindak tanduk supaya tidak melukakan hati ibu-ibu dan bapa-bapa warga emas yang pastinya sensitif dan lembut hatinya.

Tahniah kepada semua yang menjayakan program amal kali ini, dari pengarahnya, AJKnya, hinggalah kepada pesertanya. Walaupun penat dan berpeluh-peluh nak mengawal adik-adik kita, namun pastinya setitis sumbangan kita ini dapat menceriakan adik-adik kita dan ibu-ibu bapa-bapa yang kadangkala kesepian.

Semoga semuanya dikira sebagai amal jariah dan penambah semangat dan pengalaman kita untuk melalui hari-hari mendatang yang lebih mencabar.

Syukur juga dengan ikatan silaturrahim antara KTI dan FamilyUNIQUE yang semakin erat, bermakna 'manpower' atau tenaga manusia yang kita ada untuk menjalankan program amal akan bertambah ramai lagi.

Tahniah dan syabas sekali lagi!!!


Semua peserta dan AJK Kau Di hatiku 3


Cenderamata dari Kompleks Penyayang Bakti


Kek Istimewa tajaan Abai Os, Terima kasih ya... :-)


Sumbangan untuk Kompleks Penyayang Bakti


Antara warga emas yang hadir

Adik-adik Kompleks Penyayang sedang gembira
dengan aktiviti yang disediakan

Persembahan santai

Antara tenaga kerja program KD3

Adik-adik yang comel dan sangat aktif


Bazli UNIQUE dengan teka-tekinya

Sebelum ini pula telah berlangsung program Majlis Usrah Munsyid yang pertama dianjurkan oleh kumpulan Fareast bertempat di Fareast Bakery yang baru dibuka di Bangi. Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar dengan dihadiri wakil-wakil kumpulan nasyid dari Unique, Fareast, Inteam, Saffone, Nurirsyad, Munsyideen, Devotees, Nur Munajat dan banyak lagi.

Program ringkas dan padat ini di ketuai Ustaz Nabil Fareast sebagai naqib dan Ustaz Rozie turut memberikan ceramah ringkas untuk renungan bersama. Ustaz Rozie memberi pesanan bahawa penasyid-penasyid yang selalu memberi pengisian kepada pendengar dan penonton pun sepatutnya tidak lupa untuk mencari pengisian berbentuk ilmu untuk diri masing-masing. Selain itu, penasyid-penasyid yang hadir turut berkongsi idea dan pendapat.

Semoga program ini dapat diteruskan lagi dengan kumpulan nasyid lain pula yang menganjurkannya. Semoga sedikit sebanyak ia dapat memberi manfaat kepada penasyid-penasyid dan penggiat-penggiat nasyid...Insya Allah











|
0 Responses
Blog Widget by LinkWithin