Assalamualaikum...

AbuAfham posted: "Saf Kepimpinan KTI 2010 ingin mengucapkan setinggi-tingi ucapan tahniah buat kumpulan Inteam atas kemenangan di AIM 17. AIM 17 sebuah majlis anugerah muzik paling berprestij merupakan medium penghargaan yang terbaik bagi penggiat industri muzik tanahair. Alhamdulillah, inteam melalui album ALLAHU RABBI berjaya memenangi anugerah berikut: 1. Album Nasyid Terbaik AIM 17 2. Lagu Nasyid Terbaik - Dia Muhammad, Komposer: Frizdan. Tahniah daripada kami di KTI buat kumpulan Inteam, Saudara Suhaimi Saad, Saudara Hisyam Ahmad, para komposer dan penulis lirik yang terlibat dalam album ini dan semua individu yang terlibat dalam menjayakan album ini. Tahniah! Alfun mabruk! Congratulation!"


Alhamdulillah, segala puji-pujian selayaknya bagi Allah yang Maha Agung. Syukur yang tak terhingga ke hadrat Ilahi, yang pastinya ada hikmah yang tersurat dan tersirat disebalik kemenangan ini.

Kami sangat terharu dengan anugerah kali ini kerana ia sebagai mengiktiraf dan menghargai penat lelah kami dalam menghasilkan karya terbaik dalam album kami untuk tatapan anda semua.

Barisan top 5 AIM kategori nasyid semuanya hebat-hebat belaka bahkan terdiri dari sifu-sifu kami juga, namun rezeki kami untuk menjuarai anugerah kali ini, bukan bermakna yang lain tidak hebat.

Barisan komposer lagu dan lirik yang manthop, khususnya akhi Frizdan yang menjuarai kategori Lagu Nasyid Terbaik, semoga anda semua terus dikurniakan ilham oleh Allah SWT utk terus menghasilkan karya yg mampu mengetuk hati insani mendekati Ilahi.

Sewaktu mendapat berita kemenangan semalam, ana sedang memandu bersama inteam dalam kesesakan lebuhraya Utara-Selatan pulang dari Promosi di Pesta Buku Pulau Pinang. Kemenangan ini memang tidak disangka dan dijangka... alhamdulillah, semuanya berkat doa dan sokongan antum semua.

Anugerah ini menguatkan lagi semangat kami utk terus menghasilkan karya terbaik dari segi kualiti, dan yang pastinya kami cuba juga memperbaiki dari segi roh dan zuknya...

Semoga ada lagu kami yang menjadi asbab hidayah kepada orang lain yang mendengarnya kerana sesungguhnya anugerah itu yang kami harapkan dapat kami tuntut diakhirat kelak... Insya Allah....

Sesungguhnya kemenangan ini bukanlah kemenangan inteam semata, tetapi kemenangan semua dari A&R, Penerbit, penggubah lagu dan lirik, mixing dan mastering, music arranger, sessionist, rakan duet Suhaimi, Syam, Tahassan dan Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim, cover designer, photographer dan seluruh yang terlibat secara langsung atau tidak dalam pembikinan album ini....
|
4 Responses
  1. Anonymous Says:

    wah tahniah INTEAM..kami mendoakan dari jauh..oh ye, aritu ada student jordan tnya eica macam mana nak jemput INTEAM ke Jordan..huhu..

    Moga dakwah berterusan di bumi Allah


  2. N u r ! Says:

    alfun mabruk wat inteam!
    teruskan perjuangan seni dakwah kalian..
    :)


  3. Kedai Nasyid Says:
    This comment has been removed by the author.

  4. congratulation akhi...moga anugerah ni menjadi penguat semangat utk terus berdakwah dalam bidang seni ni dan sentiasa dkurniakan ilham utk menghasilkan lagu yang bisa mengetuk jiwa dan hati manusia...

    sy ada masa pesta buku di kepala batas tu...terharu bila terlihat ada seorang wanita india (promoter booth belakang booth inteam)yg membeli album nur muhammad lepas dgr persembahan inteam dan unique...

    moga diberikan hidayah pula utk bersyahadah satu hari nanti...

    >fitri UiTM Penang<


Blog Widget by LinkWithin