Alhamdulillah, dah masuk hari ketiga kami berada di London..
Syukur pada Allah kerana cuaca hari ni sangat baik. Matahari bersinar cerah mengurangkan sedikit kesejukan cuaca. Hujan pun tidak turun hari ni, seperti yang diramalkan dari website BBC weather.
Perancangan hari ni kami nak naik Ferry Rivercruise melalui sungai Thames merentasi bandar London. Tiket London Rivercruise yang kami beli di pakejkan sekali dengan tiket masuk Madamme Tussauds muzium patung lilin yang menempatkan ikon-ikon barat dari selebriti, ahli sukan, ahli politik dan tokoh sejarah.
Saya mengkaji kawasan Baker Street melalui google map dan mendapati London Central Mosque hanya sekadar berjalan kaki dari kedudukan station Tube tersebut. Memang sudah berhajat hendak menziarahi sebanyak mungkin Masjid-masjid yang terdapat di London sepanjang saya berada di sini. Alhamdulillah, saya berkesempatan juga solat Jumaat di Masji ini.. Khutbahnya disampaikan oleh seorang sheikh Arab di dalam bahasa Arab. Memang sangat ramai Muslim di kota London ini, sehingga penuh Masjid tersebut. Bahkan di sepanjang perjalanan di kota London pun, kerapkali kami bertemu dengan muslim atau muslimah yang bertudung...
Pemandangan Tower Bridge dari atas Rivercruise (jambatan ini selalu disalahanggap sebagai London Bridge)
Gambar kenangan di London Eye
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar hari ketiga ni... Hari keempat ni kami cuba nak ke Science Museum, Natural History Museum, Masjid London (beza dengan London Central Mosque), Royal Albert Hall, Greenwich, dan sekitar Tower bridge dan London Bridge. Doakan semoga musafir kami dipermudahkan Allah...