Kami mengucapkan terima kasih yang tak terhingga atas sokongan anda semua yang menjayakan majlis ini serta doa-doa kalian untuk keselamatan dan kemudahan musafir dakwah Inteam ke UK.
Selamat maju jaya juga kami ucapkan buat saf kepimpinan baru KTI 2010, semoga tahun ini lebih banyak program amal dapat dilaksanakan bagi berkongsi susah dan senang dengan golongan yang kurang berkemampuan.
Majlis yang bermula jam 11 pagi ini, tamat selepas solat Zohor berjemaah dan tazkirah ringkas, diikuti dengan mesyuarat rasmi KTI sebagai membuka tirai 2010/1431.