27 FEBRUARI 2010 - SABTU - 1:45 AM WAKTU UK

Assalamualaikum

"Perjalanan ini, terasa sangat menyedihkan, sayang engkau tak duduk disampingku kawan, banyak cerita yang mestinya kau saksikan, di tanah kering bebatuan, tubuhku terguncang, dihempas batu jalanan, hati tergetar menatap kering rerumputan, perjalanan ini pun seperti jadi saksi, gembala kecil menangis sedih" - Ebiet G Ade

Air mataku menitis di bumi London, terasa diri keseorangan di bumi yang asing bagiku, bayangan sahabatku inteam; rahim, syah dan fairus yang keluar dari pintu balai ketibaan Stansted Airport lalu aku memeluk mereka kerinduan setelah sepuluh hari tidak bertemu hanya tetap tinggal dalam imaginasiku...

Rasa ghairah ingin berkongsi pengalaman bermusafir di bumi London bersama mereka tiba-tiba bertukar menjadi resah gelisah apabila bayangan mereka langsung tak kunjung tiba di pintu balai ketibaan. Resah gelisah bertukar menjadi tawakkal dan redha apabila sampai jam 4 pagi ana menunggu mereka di Stansted airport..

Akhirnya ana redha, terpaksa pulang ke penginapan di London setelah mendapat mesej dari akhi syah bahawa surat menghantar mereka pulang ke Malaysia telah dikeluarkan pihak imigresen london.

Bermulanya musafir ana seorang diri bertemu seorang demi seorang insan mulia berhati suci dan ikhlas yang tinggal di London yang sudi berkongsi masalah dengan ana. Bermula dengan Hanif, Amir yang menjemputku di Stansted Airport, lalu di bawa ke rumah Pak Lah, Huzaifah, Iktidar, Faris dan bebrapa lagi rakan-rakan yang ana tak ingat namanya... ana di layan dengan sangat baik, teringat ihtiramudduyuf sewaktu di Mesir dulu, rupanya masih ada di bumi London ini juga...

Gambar kenangan bersama Hairul yang ditugaskan
sebagai P.A. ana di sini.. Thanx Hairul..


Ana dijamu dengan roti dan kemudiannya dengan Nasi goreng ikan bilis dan telur yang dimasak pelajar-pelajar bujang ini sambil kami makan bersama dalam talam... Selera ana terbantut seketika apabila mendapat mesej dari akhi Syah bahawa mereka hanya makan roti dan baring atas kerusi sahaja sedangkan ana sedang menjamu selera dengan nasi goreng di sini... airmata hampir menitis, namun kutahan jua...

Gambar kenangan bersama Sarimi antara tuan rumah di Sheffield
yang sentiasa menemani ana sepanjang di sini, thanx a lot Sarimi..


Kemudian, ana pergi solat Jumaat di Malaysia Hall, berjalan kaki bersama Huzaifah yang turut menjadi bilal jumaat tersebut. Ustaz Erfino menyampaikan khutbah Jumaat yang bagi ana sangat mantap dan bernas isinya berkaitan kelahiran nabi kita Muhammad S.A.W. Ana diberitahu Ustaz Erfino ingin bertemu dan berbincang dengan Ana berkenaan masalah Inteam di airport selepas solat Jumaat..

Ustaz Erfino membawa Ana ke biliknya di pejabat Malaysia Hall lalu membuat panggilan telefon kepada akhi Syah. Ustaz menerangkan secara jelas tentang apa yang diusahakan pihak MSD, Embassy dan penganjur dan sejauh mana perkara ini boleh diselesaikan atau tidak. Pengarah MSD Prof MAdya Dr Rosman turut membuat panggilan kepada Timbalan Duta bagi menilai dan melihat jalan penyelesaian masalah ini. Namun jawapan yang diterima ialah agak sukar bahkan hampir mustahil membuat rayuan setelah surat arahan pulang dikeluarkan oleh pihak imigresen. Kerana beratus2 kes seperti ini berlaku... Sahabat kami Azwan yang belajar di sini turut memberitahu perkara yang sama.

Alhamdulillah, sangat mulia orangnya Ustaz Erfino yang telah membri kata-kata semangat kepada ana dan sahabat-sahabat termasuk dari kalangan penganjur yang turut sedih dan terkilan dengan apa yang berlaku. Menurut ustaz, perkara ini bukan salah mana-mana pihak Inteam mahupun penganjur, tetapi masalah teknikal sewaktu pertanyaan ketika di imigresen dan takdir menetapkan terkena pada inteam. Menurut ustaz lagi, perkara yang sama berlaku sewaktu Azahari Nowseeheart dan ustaz Erwan datang utk program yang sama 2 tahun lepas sehingga di tahan hampir 4 jam. Namun nasib menyebelahi mereka apabila akhirnya dibenarkan masuk atas beberapa jaminan tertentu.

Ana turut diraikan Pengarah MSD Prof madya Dr Rosman yang menjamu ana makan tengahari di rumahnya dengan masakan yang enak. Namun airmata tak tertahan lagi apabila ana melihat hidangan yang sedap2 di depan mata sedangkan sahabat-sahabat inteam ana tak tahu bagaimana nasib mereka. Mujur ustaz Erfino menenangkan ana.

Terima kasih tak terhingga kepada Prof dan keluarga serta usta Erfino yang sudi melayan ana dan membuatkan ana tidak lagi rasa keseorangan di kota London ini... Hanya Allah yang mampu membalas jasa budi kalian..

Gambar kenangan bersama pengarah MSD Prof Madya Dr Rosman sekeluarga,
terima kasih atas bantuan tuan dan jamuan makan tengahari yang hebat...


Seterusnya, ana diberlepas ke Sheffield menaiki bas jam 7 malam dan tiba di Sheffield jam 10.50 malam lalu disambut oleh Hairul, Ieca dan rakan-rakan penganjur...

Kini ana menetap di rumah insan-insan mulia di Sheffield ini iaitu Hairul, Sarimi, Ruzaini dan Ibrahim sehingga ke saat ana menulis catatan ini...

Doakan ana mampu meneruskan perjuangan ini tanpa sahabat-sahabat inteam yang lain di sisi....


Kerinduan pada ibuku tersayang, isteri tercinta, anak-anak, sahabat-sahabat inteam
dan seluruh keluarga di Malaysia tak terbendung lagi...
London Central Mosque

Alhamdulillah, dah masuk hari ketiga kami berada di London..
Syukur pada Allah kerana cuaca hari ni sangat baik. Matahari bersinar cerah mengurangkan sedikit kesejukan cuaca. Hujan pun tidak turun hari ni, seperti yang diramalkan dari website BBC weather.

Perancangan hari ni kami nak naik Ferry Rivercruise melalui sungai Thames merentasi bandar London. Tiket London Rivercruise yang kami beli di pakejkan sekali dengan tiket masuk Madamme Tussauds muzium patung lilin yang menempatkan ikon-ikon barat dari selebriti, ahli sukan, ahli politik dan tokoh sejarah.

Saya mengkaji kawasan Baker Street melalui google map dan mendapati London Central Mosque hanya sekadar berjalan kaki dari kedudukan station Tube tersebut. Memang sudah berhajat hendak menziarahi sebanyak mungkin Masjid-masjid yang terdapat di London sepanjang saya berada di sini. Alhamdulillah, saya berkesempatan juga solat Jumaat di Masji ini.. Khutbahnya disampaikan oleh seorang sheikh Arab di dalam bahasa Arab. Memang sangat ramai Muslim di kota London ini, sehingga penuh Masjid tersebut. Bahkan di sepanjang perjalanan di kota London pun, kerapkali kami bertemu dengan muslim atau muslimah yang bertudung...
London Central Mosque

Berjalan kaki sekitar London Central Mosque


Patung lilin David Beckham (saya tak meminati bola pun, apatah lagi player ini)


Patung lilin Justin Timberlake di Madamme Tussauds (juga saya tidak meminati penyanyi ini)


Pemandangan Tower Bridge dari atas Rivercruise (jambatan ini selalu disalahanggap sebagai London Bridge)



Rooftop London eye Rivercruise


Di Jeti Rivercruise


Nice weather, nice view


Kapal Perang sejarah jadi pameran dan Maritime museum



Gambar kenangan di London Eye

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar hari ketiga ni... Hari keempat ni kami cuba nak ke Science Museum, Natural History Museum, Masjid London (beza dengan London Central Mosque), Royal Albert Hall, Greenwich, dan sekitar Tower bridge dan London Bridge. Doakan semoga musafir kami dipermudahkan Allah...

Alhamdulillah, kira-kira jam 10 malam waktu London, kami selamat tiba di Stansted Airport, London. Setelah melalui perjalanan yang panjang dan meletihkan selama 14 jam. Keadaan dalam flight tak mengizinkan saya untuk tidur lena, mungkin sejam je yang dapat lelap.



Tapi bagus juga, untuk mengelakkan jet lag, sebab daripada tips yang saya baca dalam inflight magazine, katanya "To counter jetlag, stay awake as much as you can when you travel from east to west, and sleep as much as you can when you travel from west to east". So, alhamdulillah, pagi ni dapat bangun dengan segar walaupun hanya tidur 3 jam semalam.


Setibanya kami di Stansted Airport, suhu luarannya adalah -1 darjah celcius dengan light snow. Memang sejuk sangat, rasanya macam duduk dalam peti sejuk bahagian freezer. Saya yang memang alah dengan cuaca sejuk ni, tekak pun mulalah rasa semacam je... Semoga Allah memberi kesihatan kepada kami sekeluarga sepanjang berada di sini.. Untuk sahabat-sahabat Inteam yang akan menyusul 25 feb ni, harap antum bersedia dengan baju sejuk dan seumpamanya... :-)


Pagi ni, sempat saya berkenalan dengan seorang warga Malaysia yang tinggal di Manchester, tetapi beliau bekerja di London dan menetap di rumah yang saya tinggal ini.. Namanya Shahrizal, dan beliau turut memberi bebereapa tips dan tempat menarik untuk dilawati sekitar London, thanks ya shah.

Insya Allah, hari ni kami plan untuk sightseeing sekitar bandar London, dan cuba survey transportation nak ke london dan balik ke rumah penginapan..
Sampai berjumpa lagi, wassalam...

Inilah bekalan makanan dari Malaysia untuk 10 hari kami di UK

"Allahumma antas sohibu fissafar, wal khalifatu fil ahli wal mali wal aulad..."

"Ya Allah, ya Tuhan Kami, engkaulah teman pengiring (penjaga) kami di dalam perjalanan, juga penjaga ahli keluarga kami, harta kami dan anak-anak kami..."

Dengan izin Allah, petang esok musafir saya dan keluarga ke United Kingdom akan bermula, insya Allah, dengan penerbangan kami berlepas jam 3.50 ptg. Pelbagai persediaan telah dibuat terutamanya bagi mengurangkan kos-kos perjalanan yang berganda disebabkan pertukaran mata wang yang tinggi.

Insya Allah ana akan cuba kongsikan sedikit sebanyak maklumat yang boleh dikongsikan bersama dalam merealisasikan perjalanan ini.

Penjimatan kos yang pertama ialah dengan menempah tiket AirAsia X lebih awal, terutama apabila tempoh penempahan tiket murah dibuka. Alhamdulillah, kami dapat menjimatkan kira-kira RM2000 bagi 4 tiket yang ditempah bulan Disember tahun lepas, berbanding tiket yang baru ditempah hujung bulan Januari.

Keduanya, kos penginapan hotel murah di London sangat tinggi walaupun untuk hotel 1 bintang sehingga mencecah RM 300- RM400 dan setiap bilik tidak boleh dikongsi lebih 2 orang kecuali family room yang lebih mahal. Semuanya disebabkan perbezaan matawang. Jadinya kalau berempat dah kena sewa 2 bilik, kalau 10 hari, pastinya kosnya sangat merugikan, sedangkan bilik hotel hanya digunakan untuk kita tidur dan merehatkan diri sahaja. Terima kasih kepada Ustaz Erfino Johari yang telah memberikan cadangan website penginapan rumah teres warga Malaysia yang menyewakan penginapan jauh lebih murah dari hotel. Alamatnya seperti berikut http://tinggal247.blogspot.com/ . Memang banyak penjimatan dapat dibuat dengan menyewa bilik di rumah ini, khususnya tak perlu menyewa 2 bilik.


Suasana di Denzil Road, rumah penginapan

Master Bedroom di rumah penginapan


Regular room di rumah penginapan


Dapur di penginapan


Dengan menyewa bilik di rumah ini, secara automatik kami juga dapat menjimatkan kos makanan sebab di rumah ini juga disediakan dapur untuk memasak dan mesin basuh untuk membasuh pakaian. Tidaklah kami perlu membawa periuk nasi untuk memasak sepertimana sewaktu kami ke Hong Kong dulu.

Ada lagi penginapan sebegini ditawarkan di kota London, antara yang lain ialah: http://45londonstay.blogspot.com/.

Selain itu, saya juga cuba menjimatkan kos dengan tidak menggunakan travel agent. Mungkin agak susah juga untuk mencuba-cuba sendiri, namun dengan sedikit research yang telah saya dan isteri buat melalui laman-laman web, Insya Allah kami akan cuba lalui juga. Semoga Allah mempermudahkan.. Rasanya kemungkinan lebih senang tanpa travel agent di negara yang boleh berbahasa Inggeris sepenuhnya, kerana lebih mudah kita nak bertanya kepada orang awam jika tersesat jalan. Menyewa penginapan dengan warganegara Malaysia juga tambah melegakan hati saya, kerana sekurang-kurangnya ada tempat saya nak bertanya dalam keadaan memerlukan.. Insya Allah. Kemungkinan keadaan lebih sukar di Paris kerana menurut sahabat-sahabat yang pernah ke sana, walaupun warga tempatan di sana boleh berbahasa inggeris, tapi mereka hanya suka menggunakan bahasa perancis.

Berikut antara link-link untuk rujukan saya (mudah untuk saya buka sewaktu di London melalui blog ini) dan anda yang berhajat untuk mengembara ke UK di masa-masa akan datang:


http://tinggal247.blogspot.com/ (Penginapan saya)
http://www.qiblalocator.com/ (Arah Kiblat)
http://www.qibladirection.com/ (Arah Kiblat)
http://www.salahtimes.com/ (Waktu Solat)
http://www.muspages.com/Category/Shops/General-Stores/ (Kedai-kedai Muslim)
http://www.visitlondon.com/attractions/ (Tempat menarik)
http://www.xe.com/ (Kadar Pertukaran matawang)
http://maps.google.com/ (Google map)
http://www.multimap.com/ (Peta lagi)
http://www.iccuk.org/ (Masjid di London)
http://www.alislam.org/ (Masjid di London)
http://weather.yahoo.com/ (Ramalan kajicuaca)
http://news.bbc.co.uk/weather/ (Ramalan kajicuaca)

Waktu solat sepanjang di London:

Asar pukul 2, maghrib pukul 5, awal tu...


Ramalan cuaca ketika di london:

Hujan je memanjang ni, kena sediakan payung sebelum hujan/salji


Insya Allah, saya akan cuba update lagi sedikit sebanyak info sepanjang di UK. Kerana menurut tuan rumah, di tempat penginapan turut di sediakan WiFi..

Doakan semoga Allah sentiasa memelihara perjalanan kami sepanjang musafir ini, juga perjalanan sahabat-sahabat se'inteam'ku ke Pattani, kemudian ke Pulau Krabi, Thailand dan seterusnya Ke United Kingdom.....
Doakan perjalanan kami selamat pergi dan pulang semula ke tanahair insya Allah.
Terima kasih atas doa-doa kalian...
Alhamdulillah, pada hari sabtu lepas, Komuniti Teman Inteam (KTI) dengan kerjasama Inteam Records telah pun mengadakan satu majlis Doa Selamat dan Kesyukuran sempena keberangkatan Inteam ke United Kingdom Februari ini dan juga sempena pelantikan saf organisasi baru Komuniti Teman Inteam (www.inteam.com.my).







Kami mengucapkan terima kasih yang tak terhingga atas sokongan anda semua yang menjayakan majlis ini serta doa-doa kalian untuk keselamatan dan kemudahan musafir dakwah Inteam ke UK.

Selamat maju jaya juga kami ucapkan buat saf kepimpinan baru KTI 2010, semoga tahun ini lebih banyak program amal dapat dilaksanakan bagi berkongsi susah dan senang dengan golongan yang kurang berkemampuan.

Majlis yang bermula jam 11 pagi ini, tamat selepas solat Zohor berjemaah dan tazkirah ringkas, diikuti dengan mesyuarat rasmi KTI sebagai membuka tirai 2010/1431.
Blog Widget by LinkWithin