Aidilfitri dan Aidiladha dua perayaan besar umat Islam yang disambut meriah dengan cara tersendiri bagi setiap perayaan. Seperti yang kita semua sedia maklum, Aidilfitri disambut untuk meraikan kemenangan dan kejayaan sebulan berpuasa manakala Aidiladha pula disambut sempena pengorbanan dan mujahadah umat Islam mengerjakan Ibadah haji di Mekah berdasarkan sirah nabi kita Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Nabi Muhammad S.A.W. juga mengambil pengajaran dari Sirah pengorbanan jiwa raga Nabi Ismail yang sanggup disembelih demi mematuhi perintah Allah S.W.T.
Apa yang nak dikongsikan di sini bukanlah dari sudut sirah atau sudut hukum cuma mengajak kita menyingkap cara kita umat Islam menyambut kedua-dua perayaan ini yang kelihatannya terlebih meriah pada Aidilfitri dan kurang meriah pada Aidiladha. Penulis terkenang zaman persekolahan di mana setiap kali pulang dari kampung menyambut Aidiladha, hati akan tersentuh dan sayu apabila sama-sama melaungkan takbir di surau sekolah bersama-sama sahabat di asrama kerana masih belum puas menyambut hari raya di kampung halaman bersama keluarga tercinta. Sudah menjadi kebiasaan, cuti untuk Aidilfitri selalunya hingga ke seminggu dan lebih, tetapi cuti untuk Aidiladha kekadang hanya sehari dan sebanyak-banyaknya 2 hari.
Sedangkan apabila kita memandang dari sudut haramnya kita berpuasa pada 1 Syawal untuk kita merayakan hari tersebut, maka pastilah lebih besar sambutan yang sepatutnya kita raikan bagi Aidiladha yang diharamkan kita berpuasa 4 hari termasuk 3 hari tasyrik. Jika dilihat dari sudut nisbahnya, jelaslah Aidilfitri nisbah Aidiladha bersamaan dengan 1:4.
Tidaklah menjadi kesalahan kita meraikan kedua-dua perayaan ini dengan cara kemeriahan kita sendiri, cuma kekadang kita terlebih menumpukan kepada Aidilfitri sehingga seolah-olah Aidilfitri ini dirayakan sebulan lamanya dan Aidiladha hanya berlalu sehari sahaja, bahkan apabila kita pulang dari bercuti, kita sebenarnya masih lagi berada dalam suasana Aidiladha dan masih disunatkan bertakbir raya walaupun pada ketika itu kita sudah pun kembali bersekolah atau kembali ke tempat kerja masing-masing. Sedangkan ibadah penyembelihan korban pun sepatutnya boleh berjalan sepanjang empat hari ini.
Mungkin sering kita dengar bahawa sambutan Aidiladha lebih meriah disambut di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu, maka marilah kita sama-sama cuba untuk memeriahkan kedua-dua perayaan ini dengan kadar yang sepatutnya bagi setiap perayaan. Eloklah kiranya amalan ziarah-menziarahi, bermaaf-maafan di musim perayaan Aidilfitri diamalkan juga dalam suasana Aidiladha, dan majlis rumah terbuka yang popular di bulan Syawal itu juga, tidak salah kalau kita laksanakan di bulan Zulhijjah ini untuk meraikan tetamu dari kalangan jiran tetangga dan sanak-saudara, lebih-lebih lagi jika kita mengambil bahagian dalam ibadah korban, maka dapatlah pula kita menjamu para tetamu dengan bahagian daging korban yang kita sertai.
Hakikatnya kedua-dua perayaan ini adalah hari meraikan kejayaan dan pengorbanan umat Islam seluruhnya. Sekadar untuk renungan penulis..
Salam..
Benar ya Akhi.. Mungkin masyarakat kita lebih mementingkan hiburan semata-mata. Lihatlah sewaktu hari raya puasa, banyak rancangan yang disajikan di televisyen, di raya haji sebaliknya berlaku. Satu faktor mengapa raya haji krang meriah. Tetapi bukan itu yg menjadi persoalan..
Bagi saya, raya haji kurang meriah kerana umat Islam setempat tidak merasai bahangnya. Hanya yang mengerjakan haji di Mekah sahaja yg terasa meriahnya.
Raya puasa pula lain ceritanya, seluruh umat Islam di serata dunia bersama-sama melaksanakan ibadah puasa. Maka beraya adalah suatu yg sangat ditunggu-tunggu.
Hakikatnya, hari raya adalah hari kebesaran umat Islam yg dianugerahkan oleh Allah.. Hanya yg beriman sahaja yg merasai 'kemeriahan'nya..
Waallahu'alam..
salam aidiladhar hazamin.. =)
psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.