Alhamdulillah, pada hari Sabtu yang lepas, ana dan sahabat-sahabat Inteam berpeluang untuk menyertai satu majlis yang diberi nama Kuala Lumpur Berselawat. Majlis yang cukup murni ini adalah cetusan idea dari Amer Ex-ruffedge yang kini telah berhijrah menjadi seorang insan yang komited untuk memperkenalkan dan mempromosikan majlis-majlis mahabbah Rasulullah.

Idea KL Berselawat ini bagi ana cukup segar dan kontemporari, sesuai untuk menarik remaja-remaja khususnya untuk sama-sama memperbanyakkan berselawat dan seterusnya mengingati dan menambah cinta dan rindu buat junjungan besar nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W.

Majlis ini julung kalinya diadakan di Masjid As-Syakirin, KLCC di tengah kesibukan kotaraya Kuala Lumpur. Dalam majlis yang kami sertai disebelah petang, kami telah mengadakan persembahan qasidah dan selawat secara spontan, 'live' dan santai bersama dengan kumpulan Al-Mawlid dan Marjan. Alhamdulillah, kami sangat menikmati suasana persembahan sebegini sehingga tidak sedar masa satu jam setengah berlalu dengan begitu cepat sekali. Penonton-penonton yang hadir, turut mengalunkan bersama-sama selawat yang mereka tahu dan hafal.

Majlis ini diteruskan sehingga ke sebelah malam dengan sesi ceramah oleh Sheikh Dr. Mahmoud Marghlani dari Madinah al-Munawwarah.

Semoga kami dapat menyertai lagi majlis Kuala Lumpur Berselawat yang akan diadakan seterusnya, insha-Allah.



















Kredit untuk sumber gambar: Almawlid
Untuk makluman lanjut tentang majlis seterusnya: http://almawlid.blogspot.com/
|
1 Response
  1. almawlid Says:

    Salam Maal Hijrah!

    terima kasih atas sokongan ada!

    p/s blog kami berwajah baru..silalah berkunjung :)


Blog Widget by LinkWithin