Assalamualaikum W.B.T

Kepada anak-anakkku yang disayangi dan dikasihi...di sini ma ingin kongsikan bersama satu ceramah yang ma pernah dengar dari TV dan juga serba sedikit dari pengalaman ma mendidik dan membesarkan 8 orang anak-anak Ma.. Ma rasa anak-anak ma belum terlambat lagi untuk mengamalkannya dalam mendidik anak-anak, untuk menjadikan anak yang soleh dan solehah..

Dalam mendidik anak, ada tiga peringkat yang perlu diketahui ;

1. Peringkat pertama iaitu ketika 7tahun pertama (1-7 tahun)
2. Peringkat kedua pula ketika 7tahun kedua (7-14)
3. Peringkat ketiga pula ialah ketika 7tahun ketiga (15-22(dewasa)

7 tahun pertama kita patut membelai dan memberi kasih sayang sepenuhnya,bermain-main serta bergurau dengannya.Berikan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya kepada si kecil.

Ketika 7 tahun kedua pula kita digalakkan mulai membentuk jiwanya dengan menjadikan diri kita sebagai contoh tauladan yang baik, disamping itu kita ajak dia melakukannya bersama-sama. Ajak dia sembahyang bersama walaupun pada mulanya diasembahyang main-main.Begitu juga dengan kerja-kerja rumah yang lain, ajak dia buat bersama-sama, bukana SURUH dia sahaja yang buat sedangkan kita tak buat sekali.

Di peringkat pertama, Ma rasa ramai orang boleh buat. Tapi di peringkat kedua ini kita kena usaha sungguh-sungguh untuk membentuk jiwanya menjadi baik atau buruk. Ambil berat tentang diri dan pelajarannya dan selalulah mendoakan kebaikan untuknya.

Di peringkat ketiga, ialah apabila anak-anak kita mulai meningkat remaja. Ketika ini mereka sangat memerlukan perhatian. Kita hendaklah menjadikan dia sebagai KAWAN. Disamping menjadi pendorong dan memberi nasihat.

Jika anak itu suka bercerita, kita mestilah menjadi pendengar yang baik. Jangan terus memarahinya jika apa yang dilakukannya itu salah. Tapi berilah nasihat dan panduan dengan lembut supaya dia dapat berfikir dan menentukan sendiriapa yang dilakukannay itu baik atau buruk. Jika anak itu pendiam, kita kena banyak bertanya dan cuba berbual dengannya supaya kita tahu apa masalahnya.

Jiwa remaja tidak boleh selalu dimarahi kerana mereka akan memberontak dan akhirnya mencari kawan-kawan untuk mengadu cerita. Inilah yang banyak berlaku sekarang bila anak-anak tidak rapat dengan ibu-bapa tapi lebih rapat dengan kawan-kawan yang mungkin tidak semuanya baik.

Diwaktu inilah kita akan tahu hasilnya, berjaya atau tidak kita menjadi kawannya yang baik atau tidak. Iaitu mereka percayakan kita, menjadikan kita tempat bercerita sehingga tiada rahsia yang dia sembunyikan dari kita.

Andainya kita berjaya menjalankan amanah ALLAH kepada kita sebagai ayah dan ibu yang baik, nikmatnya kita juga yang akan merasainya.Kita akan mendapat anak yang soleh dan solehah yang akan menyayangi dan membela kita bila kita sudah tua..Mereka jugalah yang akn menjadi SAHAM kita, mendoakan kita bila kita mati nanti.InsyaALLAH..

Jika kita tidak berusaha ke arah ini dari sekarang, takut-takut nanti anak-anak terikut ikut ke arah yang buruk yang sangat banyak di sekeliling kita sekarang. Kalau rebung telah menjadi buluh baru hendak dilentur, tentu akan patah jadinya.

Kalau kita terlepas peringkat kedua ini, bila sampai peringkat ketiga iaitu ketika mereka sudah remaja kita tidak akan dapat menjadikannya kawan. Dibimbangi dia akan sentiasa menyakitkan hati kita. Hatinya akan menjadi keras , tidak mahu mendengar cakap kita bahkan akan melawan dan tidak hormat kita. Kerana kita tak jadikan diri kita sebagai contoh yang baik untuk diikuti dan dihormati.

Akhir sekali, Ma sangat berharap agar semua anak menantu dan cucu-cucu Ma dapat menjadi keturunan yang mendirikan sembahyang dan membaca al-quran. Jagalah sembahyang kita dan anak-anak dengan sungguh-sungguh sebab semuanya berpunca dari kita.Sembahyanglah perkara pertama kita kan disoal bila kita mati nanti. Jika kita tak sembahyang, ibadah atau kebaikan lain tidak akan di terima ALLAH..

Jagalah hubungan kita dengan ALLAH dengan memperbanyakkan sembahyang dan membaca al-Quran..Bila ada masalah, mengadulah dengan ALLAH .InsyaALLAH , ALLAH akan permudahkan semua urusan kita.Mudah-mudahan ALLAH akan memasukkan kita semua ke dalam syurganya... amin

Ikhlas dari Bonda, Ma

Alhamdulillah, pada hari Sabtu yang lepas, ana dan sahabat-sahabat Inteam berpeluang untuk menyertai satu majlis yang diberi nama Kuala Lumpur Berselawat. Majlis yang cukup murni ini adalah cetusan idea dari Amer Ex-ruffedge yang kini telah berhijrah menjadi seorang insan yang komited untuk memperkenalkan dan mempromosikan majlis-majlis mahabbah Rasulullah.

Idea KL Berselawat ini bagi ana cukup segar dan kontemporari, sesuai untuk menarik remaja-remaja khususnya untuk sama-sama memperbanyakkan berselawat dan seterusnya mengingati dan menambah cinta dan rindu buat junjungan besar nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W.

Majlis ini julung kalinya diadakan di Masjid As-Syakirin, KLCC di tengah kesibukan kotaraya Kuala Lumpur. Dalam majlis yang kami sertai disebelah petang, kami telah mengadakan persembahan qasidah dan selawat secara spontan, 'live' dan santai bersama dengan kumpulan Al-Mawlid dan Marjan. Alhamdulillah, kami sangat menikmati suasana persembahan sebegini sehingga tidak sedar masa satu jam setengah berlalu dengan begitu cepat sekali. Penonton-penonton yang hadir, turut mengalunkan bersama-sama selawat yang mereka tahu dan hafal.

Majlis ini diteruskan sehingga ke sebelah malam dengan sesi ceramah oleh Sheikh Dr. Mahmoud Marghlani dari Madinah al-Munawwarah.

Semoga kami dapat menyertai lagi majlis Kuala Lumpur Berselawat yang akan diadakan seterusnya, insha-Allah.



















Kredit untuk sumber gambar: Almawlid
Untuk makluman lanjut tentang majlis seterusnya: http://almawlid.blogspot.com/
Alhamdulillah,
Majlis Usrah dan Tazkirah Munsyid kali kedua telah selamat berlangsung di pejabat urusan Nasyeed.com di Shah Alam. Untuk rekod, Majlis Usrah ini kali pertama di adakan di Fareast Bakery di Bangi.

Terima kasih yang tak terhingga kepada pihak Nasyeed.com kerana sudi menjadi tuan rumah bagi majlis yang juga digelar sebagai Liqa' Mahabbah oleh ustaz Nabil Fareast ini.

Majlis bermula jam 7 malam dengan ketibaan para tetamu, diikuti solat maghrib secara berjemaah diruang pejabat Nasyeed.com. Selepas solat Maghrib, bacaan Yasin dan tahlil yang turut dikhususkan buat Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim telah diadakan. Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh al-fadhil Ustaz Amaluddin.

Selepas solat Isya' berjemaah, para tetamu dihidangkan dengan sedikit juadah sambil berbincang dan bersembang ukhwah.

Majlis kali ini dihadiri oleh penasyid-penasyid tanahair dan juga penggiat nasyid di belakang tabir antaranya; Ustaz Amaluddin, Ustaz Asri Ubai (rabbani), Azadan Rabbani, Zul Rabbani dan anggota Rabbani yang lain, Faizal Hijjaz, Muadz, Suhaimi dan Ina, Zaidi Wildan, Dr. Bart dari Belanda, Jeff Hazimin, Ramli Rebana dan ramai lagi yang tidak dapat disebutkan di sini.

Semoga majlis ini dapat diteruskan lagi selepas ini dengan penasyid lain pula yang menjadi tuan rumahnya. Terima kasih kepada Waie dan Razin Mestica serta seluruh warga NC selaku tuan rumah. Terima kasih kepada semua yang hadir. Semoga mendapat sedikit sebanyak manfaat ilmu sambil merapatkan ukhwah sesama kita.

Sumber gambar:http://nesb.nasyeed.com/









kredit http://nesb.nasyeed.com/

Alhamdulillah, Konsert Mahabbah Gaza anjuran Rabbani dan tajaan PRM Global telah selamat berlangsung dengan jayanya. Konsert ini telah diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam dengan matlamat utamanya adalah untuk menyatakan keprihatinan dan sokongan terhadap isu kemanan sejagat yang melanda saudara-saudara kita di Palestin khususnya di Gaza.

Selain itu, konsert yang diadakan secara percuma tanpa tiket ini turut bertujuan mengutip derma bagi disumbangkan terus kepada wakil Lifeline4Gaza Malaysia melalui Haluan Palestin. Alhamdulillah, kutipan pada malam tersebut diumumkan oleh pengerusi majlis hampir mencecah RM 30,000.

Ketua delegasi Malaysia dalam misi bantuan Freedom Flotilla dalam kapal Mavi Marmara iaitu Tn. Haji Noorazman turut hadir bagi mengisi ruangan 'sharing moment' dengan berkongsi sedikit pengalaman beliau dalam tragedi yang berlaku ke atas Mavi Marmara.

Antara yang menyampaikan persembahan sajak dan nasyid pada malam tersebut ialah kumpulan Raihan, Rabbani, Nowseeheart, Saujana, Ummul Qurra', Inteam, Rabbani Junior, dj-dj IKIM.fm dan ramai lagi.

Sebahagian pengunjung yang memenuhi stadium tertutup ini turut berkongsi perasaan dengan ada yang menangis dan ada pula yang bersemangat untuk terus menyokong misi bantuan dan pembebasan Gaza ini.

Konsert yang mendapat sambutan hangat ini dijangka akan diteruskan lagi ke peringkat negeri-negeri bermula dengan Negeri Kelantan darul Naim. Insya Allah..

Syabas kepada Rabbani Production selaku penganjur utama, sesungguhnya saya secara peribadi kagum dengan kemampuan Rabbani menganjurkan konsert besar sebegini, dan pengalaman Rabbani dalam menganjurkan konsert semakin meningkat dan semakin mantap. Insya Allah, saya pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan tunjuk ajar daripada mereka dalam bidang penganjuran konsert sebegini.

Teruskan sokongan anda terhadap usaha murni ini...

Sumber gambar: FirdausMahadi, Alief Edzwan, Azree Hanifiah, Afiq Fadhli, Siti Hazrin dan ramai lagi. Terima kasih.

























Blog Widget by LinkWithin