Watak Piglet dalam Pooh The Bear
Sejak dulu lagi hingga ke akhir -akhir ini, di zaman dunia sedang dilanda wabak H1N1 yang berpunca dari khinzir, pihak barat terutamanya musuh-musuh Islam seolah-olah hendak mengkomersialkan dan mempopularkan watak khinzir sebagai satu watak yang comel dan disukai terutamanya oleh kanak-kanak...
Memang tidak dinafikan sejak dulu lagi, pihak musuh Islam sentiasa berusaha mempopularkan budaya yang berlawanan dengan cara Islam dan sunnah nabi kita...
Firman Allah dalam Al-Quran Mafhumnya:
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah ia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. - An-Nahl:115.
Bahkan ada 2-3 tempat lagi di dalam Al-Quran yang menyatakan tentang pengharaman daging khinzir ini. Namun, itu sudah jelas bagi umat Islam, walaubagaimanapun, pihak musuh Islam tetap mahu menjadikan binatang ini suatu yang biasa dan manis dipandang mata umum terutamanya kanak-kanak.
Firman Allah dalam Al-Quran Mafhumnya:
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. -Al-Baqarah:120.
Lagi contoh-contoh watak khinzir yang dikomersialkan:
Movie yang dah bersambung sampai 2-3 sequel.
Watak dalam filem animasi barnyard
Watak dalam Wordworld
Walaupun mungkin kita tidak dapat melarang sepenuhnya anak-anak kita menonton program-program kartun yang menampilkan watak ini, perlulah bagi kita agar sentiasa mengingatkan mereka tentang pengharaman dan kenajisan haiwan tersebut setiap kali mereka menonton rancangan yang menampilkan haiwan tersebut sebagai haiwan yang kononnya sangat comel...
Wallahu A'lam...
http://impian-nurkasih.blogspot.com/2009/07/wabak-influenza-h1n1-vs-kaum-luth.html
Memang betul... Sama-samalah kita mengingatkan anak-anak. Yang haram tu tetap haram.