23-08-07
Satu perjalanan yang sangat panjang... Itu yang mampu ana huraikan... Perjalanan kami bermula pagi-pagi lagi sebelum subuh 23 Ogos 2007 untuk ke Terengganu terlebih dahulu...
Rasa berat hati yang teramat sangat kerana akan meninggalkan Isteri dan anak2 tercinta untuk satu jangka masa yang sangat panjang bagi ana... Alhamdulillah show di UDM, Terengganu selesai, dengan layanan cukup Istimewa dari AJK2 nya.
24-08-07
Kami tiba di LCCT dari Terengganu dalam 10 pagi. Sepatutnya kami menunggu di LCCT untuk penerbangan terus ke Bangkok jam 3 petang, tapi ana terpaksa bergegas pulang kerana terlalu risaukan Afnan yang demam panas. Kebetulan pula badannya naik rashes/ruam yang menyebabkan ana lebih risau bahawa itu adalah simptom demam denggi. Ana ada masa satu jam saja utk balik rumah dan pastikan sakit sebenar Afnan, ana dah bertekad dalam hati, kalau betul telahan ana, ana terpaksa tidak mengikuti persembahan ke Mesir. Sampai di Damansara Damai, Afnan dah diperiksa di klinik... Kata doktor, bukan denggi... Ana tak puas hati, sebab lepas ni nak jalan jauh, so ana minta doktor buat dengue test... Alhamdulillah, keputusannya negative, leganya hati ana Allah je yang tahu...
Flight kami bertolak ke Bangkok jam 3 petang lebih kurang 3 jam perjalanan. Tiba di Bangkok, kami perlu menunggu 6 jam untuk flight Egypt Air ke Mesir. Mujurlah ada Ustaz Fauzi, warga Thailand yang menunggu kami di sana dan membawa kami ke bandar Bangkok untuk makan malam. Bermulanya perjalanan panjang kami jam 2.15 pagi, flight Egypt Air berlepas ke Mesir lebih kurang lapan jam... Tidur, bangun, tidur, bangun tak sampai2 jugak, memang meletihkan sebab tidur dalam keadaan duduk.
25-08-07
Kami tiba di bumi barakah ardhul kinanah, ardhul anbiya' jam 7 pagi... Jangkaan Ustaz Rozali yang mengiringi kami bahawa sukar untuk melepasi kastam Mesir meleset kerana Alhamdulillah tanpa sebarang masalah kami dapat masuk. Kami di sambut oleh warga2 PMRAM yang sangat berhati mulia diketuai oleh tuan pengarah program Ustaz Syed Aisam.
Satu perasaan yang tak dapat digambarkan melihat kelainan bumi Mesir dari negara tercinta Malaysia. Kami di bawa ke penginapan bertaraf Diraja di Rumah Perlis. Khabar angin yang ana dengar tentang 'Ihtiramu Dhuyuf' yang hebat di Mesir terbukti dengan layanan dan persediaan yang sangat 'unexpected' untuk kami di Rumah Perlis. Kami dibiarkan berehat dan tidur untuk menyesuaikan 'Body Clock' kami dengan waktu tempatan Mesir. Satu perkara yang masih belum ana rasa berdasarkan Novel Ayat2 Cinta, ialah kepanasan hawa dan debu yang menggigit muka sepanjang musim panas di bulan Ogos, kerana kami tiba awal pagi.
Perjalanan kami pada hari itu bermula dengan dibawa bersiar2 di Khan Khalili (macam Petaling Street lah kiranya...) dan menziarahi Masjid Saidina Hussein... Bait-bait yang menggambarkan suhu di Mesir dalam novel Ayat-ayat Cinta seolah2 tepat tergambar dalam minda ana sebaik saja membuka pintu penginapan... Terasa seolah2 membuka pintu Ketuhar/Oven... Ana hanya mampu berdoa, Ya Allah, peliharalah kesihatanku sepanjang di bumi Mesir ini dan dapatkanlah aku membuat persembahan terbaik pada majlis Raudhatul Infaq nanti... Alhamdulillah, nampaknya badan ana lebih sukakan cuaca panas di Mesir berbanding kesejukan hujan di Malaysia.., Cuma debu2 pasirnya membuat ana sedikit batuk... Sebaliknya bagi akhi Rahim, beliau diuji dengan batuk yang teruk dan demam. Kami turut di bawa menziarahi Rumah-rumah pelajar Negeri2 lain di sana dan juga berpeluang ke Malaysia Hall, serta ke Kilang kristal hebat; Asfour yang mana kilang ini banyak menghasilkan lampu chandelier Masjid2 di seluruh dunia, termasuk Malaysia, dan Masjidil Aqsa Palestin...
26-08-07
Hari ini kami dibawa bersiar2 sekali lagi di sekitar Khan Khalili... Ana dah mula belajar sedikit sebanyak bahasa arab ammi seperti, 'da bikam?, Takhfidh, Akhiru kalaam, Enta ahsanun Naas(ayat2 nak shopping) Istanna Syuaia, Ma'alisy, Ma'alisy Dakwah, Ya ra'is, Ya basya, ala gamb, ayuwah dan banyak lagi... Terima kasih pada Ustaz Taha yang menjadi guru bahasa ana di sana... Hari ini kami di bawa ke Universiti tertua dunia Al-Azhar, di sini, sempat ana solat sunat dan memohon agar dapat kembali semula menziarahi Bumi Anbiya' ini suatu hari nanti. Entah kenapa, sebak hati ana dan tak tertahan airmata, mungkin mengingatkan ramainya ulama'2 yang telah berjuang menimba Ilmu di situ dan kerdilnya diri ana ini. Kemudiannya, kami turut di bawa makan makanan arab seperti Shawarma, Isy baladi wal ful dan sebagainya. Malamnya kami dibawa ke Qommunity Radio.net sebuah radio internet streaming yang dikendalikan oleh pelajar Indonesia di Mesir... MasyaAllah, pemanggil2nya yang melalui Yahoo Messenger call datang dari Pelajar Indonesia di Jerman, Belanda, UK, dan Mesir sendiri. Malam ini, Akhi Rahim dibawa ke Mustasyfa untuk rawatan lanjut batuknya... Terpaksalah dia mengadap doktor arab dengan bantuan AJK2 PMRAM...
27-08-07
Hari ini kami di bawa menziarahi maqam Imam Syafie, Saidah Zainab, Rabiatul Adawiyah, Saidina Hussein dan banyak lagi. Di Maqam Imam Syafie yang harum mewangi, sempat ana mendoakan mereka semua yang telah membantu sehingga kami dapat menjayakan program Raudhatul Infaq di Bumi Mesir. Disini juga sempat ana meluahkan rasa terima kasih kepada Imam Syafie kerana telah menyebarkan ilmunya yang luas sebagai panduan sehingga ana pada hari ini turut menjadi salah seorang pengikut mazhabnya. Ana turut mendoakan diri ana dan keluarga ana menjadi insan yang soleh dan berilmu seperti Imam Syafie... Kami turut dibawa melihat Pyramid dan Sphynx, serta Qal'ah (Kubu Salahuddin Ayyub). Memang takjub melihat besarnya pyramid dan terbayang betapa zalimnya Firaun Laknatullah, kerana untuk menyiapkan binaan sebesar itu pada zaman itu, pastinya meragut nyawa ramai manusia dan menyeksakan ramai manusia. Bayangkan beribu2 biji batu pyramid yang bertan2 beratnya itu dibawa dari jarak hampir 2 jam berkereta, tanpa alatan moden seperti sekarang...
Di Pyramid, ana dan Akhi Syah berpeluang menaiki Unta yang dapat ana gambarkan ketakutan ana seperti sedang menaiki roller coaster. Kami turut berpeluang melihat keagungan pemerintahan Salahuddin Ayub melalui binaan Qal'ah yang tak kurang hebatnya. Masjid yang hampir sama denagan masjid di Turki tersergam indah dan sangat besar... Dari atas Qal'ah, kami dapat melihat seluruh bandar Kaherah yang penuh dengan Masjid, sesuai dengan gelaran Town of Thousand Minarets. Bezanya dengan kita, Masjid yang banyak itu sentiasa penuh, tak kira waktu... Ma'mur.... Kami sempat merakam acapella Ratu Syahadah di Pyramid, Rabiatul Adawiyyah di Maqam Rabiatul adawiyyah, dan Pesanan Imam Syafie di Masjid Imam Syafie. Tapi acapellanya tak sempurna kerana ketiadaan akhi Rahim. Hari ini, akhi Rahim memilih untuk tidak mengikuti kami menziarahi tempat2 di atas... Beliau ingin berehat agar kesihatannya pulih dan mampu membuat persembahan terbaik esok... Satu pengorbanan yang cukup besar pada pandangan ana... Malamnya, kami turut membuat appearance di Rumah Johor dalam program motivasi dari Petronas...
28-08-07
Hari ini hari persembahan... Kami diberi peluang berehat... Ana berpeluang menziarahi bilik2 sahabat di Mesir di atas penginapan kami... Sound check agak terlewat, tapi masih sempat disempurnakan... Malam tersebut, berlangsunglah konsert Raudhatul Infaq di Nadi Syabab, Hayyu Sadis dengan Jayanya... Konsert berlangsung di sebuah padang yang agak luas, sama dengan tempat Hijjaz membuat persembahan dulu... Alhamdulillah, kehadiran agak ramai di saat2 akhir... Persembahan kami dirakam dan boleh didengari di Qommunity Radio.net.
Persembahan kami di akhiri dengan tiga buah lagu Finale secara fully live percussion diiringi oleh percussionist Al-Wadi dan ana sendiri yang memainkan dharbuka yang baru ana beli di ataba, Mesir... Turut membuat persembahan, kumpulan Al-Wadi sendiri dan kumpulan Zulfan... Alhamdulillah, ana rasa sangat bersemangat mengadakan persembahan pada malam tersebut, dan akhi Rahim turut dapat membuat persembahan yang baik setelah pekena tamar hind (asam jawa) dalam dos yang banyak siang tersebut. Malam selepas show, kami dibawa mencuba makanan Mesir Hadara Maut- Nasi Basmathi dengan Ayam atau Kambing...
29-08-07
Pagi, kami diundang menjadi hakim pertandingan nasyid yang di adakan di Kulliyyah Tibb (medic) Al-Azhar. Hanya ana dan Syah, seorang lagi Ustaz Jem dari kumpulan Sabda yang menjadi hakim... Akhi Rahim berehat dan turut dibawa qadha' menziarahi tempat yang ana dan Syah dah pergi semalam... Memang hebat2 kumpulan nasyid di Mesir, dan apa yang menakjubkan ana, dalam satu2 masa terdapat 12 biji Dharbuka di atas pentas... dan lebih lima biji conga... Mentang2lah dharbuka di Mesir murah, agaknya setiap pelajar ada satu kot :-)
Petang selepas pertandingan, kami di bawa untuk kali terakhir membeli cenderamata sebelum berangkat pulang... Sebelum pulang, ana sempat minum Asir manga sejuk 2 gelas, walaupun ana pantang minum ais, dan makan firakh Masywi.... Terasa sedih dan sebak ingin meninggalkan AJK2 PMRAM yang berhati mulia yang sudah terasa seperti sahabat dan saudara ana sendiri... Kalau dapat disebut; Ustaz Taha, U. Aisam, U. Nazim, U. Karim, U. Latif, U. Rafzan, U. Nurin, U. Jem, Tuan Presiden U. Nizam, dan semuanya (maaf kalau ana tak sebut nama) termasuk auntie yang berada di Rumah Perlis... Syukran, jazakumullahi khairal jaza', semoga ukhwah ini akan terus terjalin, selamat berjuang dalam pengajian... Kami meninggalkan bumi anbiya' dengan rasa sebak, dengan seribu kenangan manis yang tersemat di sanubari...
30-08-07
Perjalanan pulang cukup meletihkan...
Kami tiba di Bangkok jam 12 tghari Waktu Bangkok dan menunggu flight AirAsia ke Hatyai jam 3 petang... Duit kami telah habis membayar untuk lebihan berat baggage, mungkin banyak sangat beli percussion kot :-) Duit geneh (Pound Egypt) yang kami ada, tak boleh ditukar di airport... Perut kami dah terasa lapar... Rupanya2 rezeki kami makan hari tu datang dari London... Maha suci Allah, kami bertemu dengan seorang Muslim convert dari London sewaktu menunaikan solat... Mungkin bekas tentera US ( berdasarkan beg yang dibawanya )...
Beliau yang berjubah dan berserban sedang dalam perjalanan ke Masjid Umar Al-Khattab, Damansara Heights, Malaysia untuk bertemu sahabatnya dan menghabiskan sepanjang bulan ramadhan di Malaysia. Setelah meminjam mahmul (handphone) Syah untuk menghubungi sahabatnya, beliau telah memberi 500 bath (lbh kurang rm50) dan pemberiannya tidak tertolak oleh kami (beliau berkeras juga nak bagi)....
Alhamdulillah, kami dapat makan mi segera di atas flight AirAsia... Maha Suci Allah...
Tiba di Hatyai, kami dijemput dengan Van oleh wakil penganjur show di Sg. Petani... Sampai di sempadan Malaysia-Thailand, kami terpaksa mengheret bagasi yang berat dan penuh separuh kilometer... dan kami bertukar pakaian show di toilet bangunan bebas cukai The Zon... Kami bergerak dari sempadan lebih kurang 8.30 mlm dan perlu tiba di Sg. Petani 9.15 mlm... Sekali lagi kami naik Van seolah2 naik flight, kerana nak mengejar masa, mujurlah waktu persembahan kami dilewatkan ke 9.45... Kami tiba di Sg. Petani, sejurus sebelum kami dijemput naik ke pentas... Dalam keadaan letih yang teramat sangat (exhausted) kami mempersembahkan 2 buah lagu... Rupa2nya program tu sangat besar, kerana di hadiri oleh Sultan Kedah dan Menteri Besar Kedah- Sambutan kemerdekaan kerajaan Negeri Kedah...
Dengan keceriaan wajah yang dipaksa2, kami tetap bersemangat melagukan beberapa buah lagu lagi termasuk lagu2 patriotik sebelum dan selepas detik 12 malam kemerdekaan... Kami selesai sepenuhnya jam 2 pagi dan tidur mati selepas itu di park avenu hotel...
31-08-07
Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!
Negara Malaysia merdeka tahun ke-50 dan kami pun merdeka dari kesengsaraan dan ujian musafir ini... rasa rindu pada ister, dan anak2 membuak2 dan tak terbendung lagi.... Alhamdulillah, flight kami dari Alor Star tiba di KL jam 9 pagi... Dan berakhirlah sebuah Musafir yang panjang apabila kami tiba di rumah masing2 dan bertemu Isteri dan anak2 tercinta....
Segala puji bagi Allah yang telah memelihara perjalanan kami pergi dan pulang, dan memelihara keluarga kami yang di tinggalkan di rumah... Alhamdulillah....

bestnya entry musafir di bumi anbiya. Rasa nak pergi ke sana membuak-buak.
salam ramadhan dan syawal yg bakal menjelma buat sahabat inteam (amin).harap masih kenal lagi dengan saya bila tengok gambar di blog saya nanti.. perkenalan kita bermula ketika konsert raudhatul infaq sudah selesai.. sy bergegas bergambar dengan akhi sempena hari kelahiran anakanda ana bernama raudhah hannaniy..
pertama kali saya baca coretan musafir dalam blog ini, tak sangka apa yang saya dengar selepas musafir dari mesir ni rupanya ada lagi musafir yg jauh sebelum tiba di bumi mesir ni.. alangkah terharunya saya kepada kump in team yang sanggup menghadapi kepenatan hanya untuk menyumbangkan dakwah berbentuk kesenian di bumi anbiya' ini... ternyata dari segi riak wajah antum semua.. antum mmg ikhlas.. sanggup melayan kerenah peminat terutama sy yang beria2 nak bawa raudhah sempena hari kelahirannya pada konsert tersebut (28.8).
patut la akhi kita ni ada sebut masa melihat anak saya.. 'teringat anak saya di malaysia' .. rupanya anak akhi kita sakit sebelum berangkat sebelum datang ke mesir.. moga allah memberikan kesihatan yang sempurna selepas ini tika akhi ada kerja..
hm.. itu br jalan2 sekitar cairo.. esok ada masa dan kelapangan, ajak keluarga datang ke mesir sekali lg pada musim sejuk.. nanti kita boleh jalan2 ke sinai lak.. kat situ sejarah nabi musa lak.. apa lagi akhi kena menghadapi pengalaman mendaki jabal musa.. masalah tempat jgn risau.. rumah saya ... xde masalah untuk ditumpangkan..sambil2 tu boleh jalan2 di kawasan alexandria ni..
hm, semoga apa yg dikorbankan akan mendapat rahmat dariNYA.. salam ramadhan al mubarak dan syawal yg bakal menjelma.. mina' 'a-idin wal fawizin. kullu sanah wa anta bikhair