Hari semalam kena demam...
Tadi pergi Klinik kena cucuk...
Harap-harapnya sempat sembuh sebelum
nak ke Mesir Jumaat ni...
Bila demam ni, teringat lirik lagu yang ana pernah buat
waktu tengah demam 5-6 tahun yang lalu...
Tajuknya Hikmah Musibah:
Alangkah indahnya,
Berada dalam pandangan Allah...
Alangkah manisnya,
Pabila diri diingatiNya...
Walaupun deritanya, ujian yang melanda
Itulah buktinya, Allah mengingati kita...
Mungkin kita lupa pada Yang Esa
Tak pernah sedar akan segala...
Nikmat pemberianNya percuma
Kepada kita hamba yang hina...
Atau kita terlalu berbangga,
Dengan kelebihan kita manusia,
Sedangkan di sisiNya kitalah hamba
Dicipta untuk beribadah padanya...
Lirik selebihnya dah lupa...
Semoga kita sentiasa dalam pandangan dan pemeliharaan Allah...
Amiiinn...
mantop sheikh....
bila nak buat lagunya? lirik dah sedap ni. santai jer. tp sarat dgn msg. klu buat lagunya ala2 lagu the zikr mesti best.