Wajah yang penuh ketenangan,terpahat dalam ingatan...

Berita yang mengejutkan kami semua dan seluruh dunia; perginya seorang pejuang nasyid yang telah berjuang menyebarkan syiar Islam melalui nasyid hampir seluruh usia hidupnya, yang juga tertulis perginya menghadap Ilahi di pentas nasyid.... Dalam majlis pelancaran program yang judulnya juga moga-moga menjadi ungkapan akhir beliau SYAHADAH...

Ayat-ayat yang menjadi header blog beliau cukup menggambarkan perjuangan beliau:

Syurga Selalu Bersamaku

Aku adalah pengejar syurga akhirat,
bagiku dunia ini adalah tempat
mempersiapkan segala sesuatu
untuk meraih syurga akhirat.

Aku yakin bahawa syurga akhirat
tidak akan pernah dapat aku raih
kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.

Maka rumah dan keluargaku
adalah syurga dunia paling indah buatku
Tempat kerja syurga dunia harianku
Tetangga, masyarakat dan bangsa
adalah syurga duniaku yang lebih luas.

Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku….

~ Ustaz Asri
Petikan Dari Blog Arwah Ustaz Asri Ibrahim

http://asrirabbani.blogspot.com/

Semoga Allahyarham ditempatkan di Syurga Allah yang diimpikannya... Amiinn...



Anak bongsu Allahyarham; Hamdi Rabbani, bakal penyambung legasi ayahanda...





Sewaktu pelancaran album Nasyid Nostalgia Nadamurni; Album penuh terakhir beliau...



Sewaktu rakaman takbir raya 2009, sehari selepas harijadinya ke-40...


Wajah ceria sehingga hujung usianya...


Sewaktu rakaman tadarus Al-Quran astro Oasis bakal ditanyangkan ramadan ini...


Beliau membaca juzuk 4 dan 8 yang kemungkinan ditayangkan pada puasa ke 4 dan ke 8...



Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi



Subuh Yang Terakhir

Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
Pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati andainya sudah ditakdir
tadi subuh yang terakhir

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila berjauhan barulah merindu di dada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir

Jika terkasar bahasa, mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Barulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi ayah bonda
yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir
Andai esok takkan hadir

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagiaan anak dan suami tercinta
Buktikanlah padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua telewat
Lafazkan rasa cinta
Andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir...

Kenangan bersama beliau pastinya menjadi kenangan manis bagi setiap yang berpeluang mengenali beliau walaupun seketika... Semoga roh beliau ditempatkan bersama para syuhada' dan solihin... Sepotong Al-Fatihah untuk beliau... Al-fatihah....

Blog Widget by LinkWithin