Alhamdulillah....

Pejam celik, pejam celik, dah bertemu semula dengan bulan penuh barakah, bulan Ramadhan...
Rasa macam baru lagi berlalu Ramadhan yang lalu... Hanya, lafaz kesyukuran yang tak terkira ke hadrat Allah Yang Maha Pengasih, kerana masih memanjangkan usia kita dan memberi peluang untuk kita bertemu kembali dengan bulan muhasabah dan koreksi diri ini. Maknanya, doa kita di bulan Ramadhan yang lepas agar dapat dipertemukan lagi dengan bulan Ramadhan tahun ini, telah dimakbulkan. Alhamdulillah...

Makin tua kita, makin cepat masa berjalan ke atas kita... Masih ingat lagi waktu di sekolah rendah dulu, rasanya lama sangat-sangat nak menghabiskan satu tahun tu, nak sampai ke darjah enam, pas tu masuk tingkatan satu, hinggalah nak menyampaikan ke tingkatan lama tu rasa macam berabad-abad lamanya... Tapi sekarang ni, setahun tu macam tak sedar je dah habis, tau-tau dah 9 tahun dah kumpulan inteam ni ditubuhkan.

Bila bulan Ramadhan datang, ana sentiasa rindukan suasana Ramadhan waktu ana di Taman Jaya, Temerloh, kira-kira dalam tahun 90-an lah... Waktu tu, kat surau ni orang tua-tua jadi member tadarus ana, sebab perumahan ana tu rumah guru, dan kebanyakan guru-gurunya dah pencen... Nak harap orang muda, adalah dua tiga orang member ana je... Suasana terawikh, sampailah ke tadarus, memang seronok dan nostalgik. Biasanya lepas terawikh dan moreh, semua jemaah balik, tinggallah dalam 5-6 orang tadarus Quran, siap on air kat speaker surau lagi... Pas tu, yang bestnya, kekadang orang kampung datang surau bawak air, kuih dan makanan untuk orang yang tadarus ni...

Apa yang menarik, melalui tadarus ni lah kami belajar memperkemaskan tajwid... Ada sorang cikgu ni (dah meninggal dunia sekarang-alfatihah), ana kagum betul dengan semangat dia, dari mengaji merangkak2 macam budak kecik, tiap2 tahun dia join tadarus ni, sampailah dekat 3-4 tahun, akhirnya dia dah boleh tegur orang lain punya bacaan pulak... Tu lah bagusnya bertadarus ni... Kira macam Practice make perfect lah...

Tapi yang sedihnya, suasana macam tu ana dah tak dapat rasa lagi... maklumlah, dah duduk kat bandar metropolitan ni, jangankan nak tadarus, nak solat tarawikh kat surau condo ana pun belum cukup organize lagi... Surau tu baru beroperasi 2 tahun, tahun lepas ana lah AJK, analah kena jadi imam, siak dan ana jugaklah kena bawak P.A System... Tahun ni, ana agak sibuk, Ajk baru dah dilantik, ana dengar cerita dari sorang ajk tu, ada imam tahfiz tetap dah dilantik... Alhamdulillah, lega rasanya ana... Tapi semalam, bila sampai surau, rupa2nya diorang tak dapat cari Imam tetap, kena jugaklah ana bergilir dengan sorang ustaz dari UIA jadi imam... Ana selalu outstation, ustaz tu pun sibuk jugak... Harap-harap, dapatlah memikul tanggungjawab ni...

nanti sambung, ada meeting...
|
0 Responses
Blog Widget by LinkWithin