Agak terlambat mengucapkan Ramadan kareem buat semua, walaubagaimanapun, masih lagi di minggu pertama Ramadan. Alhamdulillah, setakat ni ana dan keluarga telah melalui Ramadan dengan baik sekali, dapat peluang berbuka bersama di rumah sebab minggu pertama ni masih kurang show ifthar. Alhamdulillah dapat juga 'tour' masjid untuk tarawikh antaranya Masjid Damansara Damai, Masjid Sri Damansara dan Masjid Wilayah, selain Surau di kampung ana di Taman Jaya yang penuh nostalgia...

Mulai petang ni, hampir setiap hari ada program ifthar di luar, tak dapatlah nak berbuka bersama famili. Syukur juga, Jumaat lepas berpeluang bawa famili berbuka di Hotel Singgahsana sempena Majlis tahlil setahun pemergian Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim. Petang ni (Selasa) dah mula program ifthar di SACC, Shah Alam, diikuti esok (Rabu) di Bertam, Penang, kemudian di De palma, Shah Alam (Khamis), seterusnya di Dewan Merak Kayangan, KL (Jumaat) dan Hotel Selesa di JB (Ahad). Minggu seterusnya pun agak penuh, lebih kurang macam minggu ni juga.

Walauapapun, selamat menjalani ibadah puasa buat semua, semoga Ramadan kali ini adalah Ramadan terbaik buat kita semua. Perbanyakkan ibadah solat dan membaca Al-Quran.
|
0 Responses
Blog Widget by LinkWithin