Assalamualaikum...

Baru-baru ni, Inteam berpeluang mengadakan persembahan di UUM Sintok sempena Penutup Pesta Konvokesyennya. Persembahan tersebut menampilkan Inteam dan Otai atau Old-timer atau orang lama dalam industri muzik iaitu Abg. Ramli Sarip.

Rasanya sebelum ni saya pernah bercerita tentang Abg Ramli yang low-profile dan nasihat-nasihatnya yang sangat tulus dan patut dinilai dan diambil pedoman sewaktu persembahan bersama kami di UNITEN Muadzam satu masa dulu.

Kali ini saya tak melepaskan peluang untuk meminta nasihat lagi daripada beliau berkenaan cara penyampaiannya dalam persembahan yang mampu menarik penonton menyanyi bersamanya. Walaupun persembahannya simple, tapi sangat bertenaga.

Beliau mengajar bagaimana melihat dan menyelami keadaan penonton, samada bosan, atau sudah mula mengikuti persembahan... Kemudian beliau pandai untuk mengawal momentum persembahan supaya persembahannya ada kemuncak, dan kemuncak itulah yang patut dibawa pulang oleh penonton sebagai satu kenangan manis dari persembahan tersebut.

Apabila ditanya kepada beliau, kenapa tidak dibawakan lagu Teratai sepertimana yang dibawanya di Muadzam Shah, beliau menjawab "tak boleh bagi semua, supaya ada rasa rindu dan keinginan penonton untuk menjemput beliau lagi". Walaupun begitu, hakikatnya pada malam tersebut beliau telah menyanyikan 3 ke 4 lagu lebih dari yang dirancangnya apabila melihat momentum emosi penonton yang menggalakkan...

Sewaktu sebelum pulang, beliau sempat berpesan "Jangan mengharapkan lagu kita menjadi Popular, sebaliknya berharaplah sejauh mana ia meninggalkan kesan" sambil merujuk kepada beberapa lagu beliau yang masih malar segar hingga ke saat ini..

Kata-kata beliau mengingatkan kembali pada pesanan kami sesama sahabat Inteam; "Seorang pendengar lagu kami yang mendapat kesan hidayah dari asbab lagu tersebut, adalah jauh lebih baik dari seribu peminat yang hanya mendengar lagu kami sekadar mendapat hiburan semata-mata"

Semoga kita semua mendapat kesan yang baik setelah mendengar alunan lagu-lagu nasyid tanahair...

Wallahu a'lam..
|
5 Responses
  1. Jamal Rafaie Says:

    Salam..

    Sunnguh saya terkesan dengan ayat2 hikmah itu.. Izinkan saya berkongsi di blog saya ye..


  2. iniAmin Says:

    Silakan, kongsikan perkara yang baik... Terima kasih...


  3. joegrimjow Says:

    penyanyi NEXT kena ambil ayat best ni
    ;)


  4. UNAI Says:

    tak sangka jumpa ustaz kat cni.. hehe.. jom, jemput ke blog saya pulak.. :-)


  5. ummu Says:

    salam

    ayat2 hikmah yang penuh sentuhan..


Blog Widget by LinkWithin