Kisah asap tebal yang membawa bala bencana telah disebutkan di dalam Al-Quran dalam sebuah surah yang dinamakan Ad-Dukhan yang membawa maksud asap tebal:

[7]
Tuhan (yang mencipta dan mentadbirkan keadaan) langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; kalau betul kamu orang-orang yang yakin (akan hakikat itu, maka terimalah sahaja apa yang diutuskan kepada kamu).

[8] Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; Dia lah Yang menghidupkan dan Yang mematikan; (Dia lah jua) Tuhan kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu.

[9] (Mereka tidak meyakini kebenaran yang dijelaskan kepada mereka), bahkan mereka masih tenggelam dalam keraguan sambil bermain-main dengan perkara ugama.

[10] Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat),

[11] Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata: "Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan".

[12] (Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!". - Ad-Dukhan.

Sebelum ini, dunia sering dilanda jerebu yang turut dikaitkan dengan asap tebal yang disebutkan oleh rasulullah S.A.W sebagai salah satu tanda-tanda kiamat. Akhir-akhir ini, walaupun jerebu kerap berlaku, ia seolah-olah sudah menjadi kebiasaan dan tidak lagi ia dikaitkan dengan tanda-tanda akhir zaman.

Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan kejadian letusan gunung berapi di Iceland yang menyebabkan keluarnya asap tebal serta debu gunung berapi yang menyeliputi sebahagian besar benua Eropah bahkan melumpuhkan sistem penerbangan ke Eropah yang melibatkan juga sistem penerbangan seluruh dunia.

Laporan Berita Harian:

LONDON: Gumpalan awan berdebu akibat letusan sebuah gunung berapi di Iceland, menjejaskan lalu lintas udara di seluruh Eropah Utara semalam, menyebabkan Britain terpaksa menghentikan operasi di Lapangan Terbang Heathrow dan membatalkan beratus-ratus penerbangan, manakala Norway bertindak menutup ruang udaranya.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Britain berkata penerbangan bukan kecemasan terpaksa ditangguhkan sekurang-kurangnya hingga jam 6 petang waktu tempatan, manakala Ireland turut menutup ruang udaranya selama lapan jam.
Lapangan Terbang Heathrow, lapangan terbang paling sibuk di Eropah, mengendalikan hingga 1,200 hingga 180,000 penumpang sehari.

Penutupan Heathrow sekali gus menjejaskan lapangan terbang kedua dan ketiga terbesar, Gatwick dan Stansted. Tidak dapat dipastikan bila penerbangan dapat dipulihkan semula.
Berikutan penutupan itu, berpuluh-puluh penerbangan trans-Atlantik menuju Amerika Syarikat terpaksa ditangguhkan, manakala pembatalan penerbangan turut berlaku di bandaraya utama Eropah termasuk Brussels, Amsterdam, Geneva dan Paris.

Di utara Sweden, pihak berkuasa penerbangan awam berkata, semua penerbangan ditangguhkan dan ini menjejaskan jadual di bandar lain termasuk Skelleftea, Lulea, Kiruna dan Hemavan.
Semua penerbangan di utara Finland turut dibatalkan. Di Norway, Raja Harald V dan Permaisuri Sonja yang bercadang terbang ke Copenhagen untuk menyambut hari lahir ratu Denmark yang ke-70, sedang menimbang sama ada menaiki kereta, bot atau kereta api untuk ke negara itu. Perdana Menteri Norway, Jens Stoltenberg yang dijadual kembali ke negaranya semalam, kini terkandas di New York apabila penerbangan dibatalkan.

Di Iceland, beratus-ratus penduduk terpaksa melarikan diri daripada banjir berikutan paras air meningkat selepas gunung berapi di bawah glasier Eyjafjallajokull meletus untuk kali kedua dalam tempoh sebulan semalam. Air yang mengalir dari kawasan pergunungan, menyebabkan paras sungai meningkat sehingga tiga meter menjelang malam semalam. – AP

LONDON: Kira-kira 17,000 penerbangan di sekitar Eropah dan hampir seluruh dunia dibatalkan atau ditangguhkan buat hari kedua semalam, berikutan debu gunung berapi Iceland yang semakin tebal memenuhi ruang udara negara itu serta sebelah barat rantau Eropah hingga Russia.
Pada hari biasa kira-kira 29,500 pesawat berada di udara, kata agensi lalu lintas udara Eropah, Eurocontrol yang menjangka 12,000 pesawat melakukan penerbangan, semalam.

Kebanyakan negara Eropah yang menutup ruang udara mereka dan operasi pesawat dijangka pulih hari ini.
“Awan debu dari gunung berapi itu berterusan bergerak ke timur dan tenggara,” kata jurucakap Eurocontrol, Kyla Evans. Serpihan ais sebesar rumah jatuh dari sebuah gunung berapi di bawah glasier Eyjafjallajokull, Khamis lalu, berikutan gas panas mencairkan ais.

Gunung berapi itu meletus Rabu lalu buat kali kedua dalam masa kurang sebulan.
Kira-kira 40 penduduk berhampiran gunung berapi di selatan Iceland dipindahkan disebabkan banjir kilat, bilangan yang kecil daripada laporan awal pihak berkuasa kecemasan. Banjir dari air yang mencair dijangka berterusan selagi gunung berapi itu meletus, kata Rognvaldur Olafsson dari Jabatan Perlindungan Awam.

Awan debu setinggi 6,000 hingga 11,000 meter itu menimbulkan kebimbangan partikel kecil debu mungkin menjejaskan enjin pesawat, menyebabkan pihak berkuasa menutup ruang udara di seluruh Britain, Ireland, Perancis, Denmark, Norway, Sweden, Finland dan Belgium.
Tidak lebih 120 penerbangan di zon Atlantik tiba di lapangan terbang Eropah pagi semalam berbanding 300 pada hari biasa, kata Evans dari Eurocontrol.

Kira-kira 60 penerbangan antara Asia dan Eropah dibatalkan menyebabkan ribuan penumpang terkandas.
Pihak berkuasa Poland turut bimbang keadaan itu boleh mengganggu kedatangan pemimpin dunia ke majlis pengebumian Presiden Lech Kaczynski dan isteri, Maria di Krakow esok. Antara mereka dijangka hadir Presiden Barack Obama, Presiden Russia Dmitry Medvedev dan Canselor Jerman, Angela Merkel.

Media turut melaporkan bahawa kerugian yang dicatatkan kali ini melebihi kerugian sewaktu berlakunya peristiwa 9/11:

PARIS: Pertubuhan industri penerbangan, IATA mendesak negara Eropah segera membuka ruang udara yang ditutup sejak lima hari lalu berikutan letusan gunung berapi di Iceland dan menyatakan kerugian dialami industri itu lebih teruk daripada insiden serangan pengganas 11 September 2001 (9/11).

Ketua IATA, Giovanni Bisignani mengecam pihak berkuasa di benua itu kerana melumpuhkan industri penerbangan bukan saja di benua itu tetapi di seluruh dunia.
“Gunung berapi ini bukan sahaja melumpuhkan sektor penerbangan di Eropah tetapi juga di seluruh dunia. “Impak ekonominya lebih teruk daripada 9/11 apabila ruang udara Amerika Syarikat ditutup selama tiga hari,” kata Bisignani merujuk kepada insiden serangan pengganas ke atas Amerika Syarikat itu. “Kita harus mengakhirkan penutupan ruang udara ini dengan memberi kelonggaran secara beransur-ansur,” katanya di sini semalam.

Pihak industri yang menganggarkan kerugian AS$250 juta (RM850 juta) sehari menjangka kurang daripada sepertiga penerbangan beroperasi semalam di Eropah.
Sementara itu beberapa lapangan terbang Eropah mula dibuka semula kepada penerbangan terhad semalam berikutan langit mula cerah selepas diselubungi debu gunung berapi sejak beberapa hari lalu. Pihak berkuasa Austria berkata ia sudah membuka semula ruang udara negara itu, walaupun banyak penerbangan masih dibatalkan dan Lapangan Terbang Arlanda Stockholm dibuka kepada laluan udara terhad selepas pihak berkuasa penerbangan negara itu menarik balik sekatan.

Finland membuka lapangan terbang Tampere dan Turku namun masih menutup lapangan terbang utama di Helsinki, dan kebanyakan ruang udara Norway dibuka semula petang kelmarin, membenarkan kebanyakan pesawat domestik diteruskan di lapangan terbang Gardermoen, Oslo.
Bagaimanapun, prospek untuk industri pelancongan kembali seperti biasa masih jauh. Pihak berkuasa di Jerman, Britain dan Belanda berkata ruang udaranya masih ditutup. – AP

Mungkinkah asap tebal sebegini yang dimaksudkan di dalam hadis Rasulullah? Wallahu A'lam. Yang pastinya kiamat memang semakin hampir dengan kita. Renungilah hadis nabi;

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
(H.R Muslim)

Dikeluarkan oleh Muslim dlm sahihnya Jld 4 , Kitab alFitan, #2901.
Juga Ibn Athiir, Jami' alUsyuul yg dikeluarkan oleh Abu Daud dan
atTermidzi. Hadith sahih dari jalur Hudzaifah alGhifari RA.

Keterangan hadith:
Tanda-tanda dalam hadith ini dinamakan tanda-tanda besar Qiamat.
Tanda-tanda besar bermakna Qiamat itu sudah terlalu hampir atau manusia
berada diambang kiamat.

Tanda yg pertama: Dukhan (jerebu atau kabus tebal)

Para salaf berpecah menjadi dua golongan bila mentafsirkan Jerebu
ini.
Kumpulan Ibn Mas'ood RA, Mujahid, dan ibn Jarir atTabari menetapkan
Dukhan atau jerebu ini adalah tanda Kiamat yg sudahpun berlalu di
zaman RasuluLlah SAW sempena turunnya surah adDukhan. Jerebu yg
menimpa kaum Quraisy

Kumpulan Imam Ali bin Abu Tholib RA, Abu Said alKhudri RA, Ibn
Abbas RA, Ibn Umar RA, alHasan bin Ali RA dan Hasan alBasri
mengatakan Jerebu ini benar2 tanda Besar Kiamat dan ia belum lagi
terjadi. hadis Hudzaifah ini adalah dalil mereka.

alhafiz Ibn Kathiir RH mendokong pendapat Ali dan Ibn Abbas.
Imam Nawawi ketika mensyarhkan hadit ini menyatakan jerebu itu
meliputi bumi selama 40 hari. (syarah Muslim 18/27) WA

Renungilah juga hadis yang menyebut:

Tanda-tanda yang terjadi setelah tanda yang lain seperti butiran manik-manik sebuah kalung yang jatuh satu per satu ketika talinya putus. (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Semoga Allah menyelamatkan kita dari azab seksa hari kiamat, dan semoga kita semua sentiasa bersedia dengan memperbaiki dan memperbanyakkan amal ibadah kita serta memperkukuhkan keimanan dan ketaqwaan kita.

Assalamualaikum...

Baru-baru ni, Inteam berpeluang mengadakan persembahan di UUM Sintok sempena Penutup Pesta Konvokesyennya. Persembahan tersebut menampilkan Inteam dan Otai atau Old-timer atau orang lama dalam industri muzik iaitu Abg. Ramli Sarip.

Rasanya sebelum ni saya pernah bercerita tentang Abg Ramli yang low-profile dan nasihat-nasihatnya yang sangat tulus dan patut dinilai dan diambil pedoman sewaktu persembahan bersama kami di UNITEN Muadzam satu masa dulu.

Kali ini saya tak melepaskan peluang untuk meminta nasihat lagi daripada beliau berkenaan cara penyampaiannya dalam persembahan yang mampu menarik penonton menyanyi bersamanya. Walaupun persembahannya simple, tapi sangat bertenaga.

Beliau mengajar bagaimana melihat dan menyelami keadaan penonton, samada bosan, atau sudah mula mengikuti persembahan... Kemudian beliau pandai untuk mengawal momentum persembahan supaya persembahannya ada kemuncak, dan kemuncak itulah yang patut dibawa pulang oleh penonton sebagai satu kenangan manis dari persembahan tersebut.

Apabila ditanya kepada beliau, kenapa tidak dibawakan lagu Teratai sepertimana yang dibawanya di Muadzam Shah, beliau menjawab "tak boleh bagi semua, supaya ada rasa rindu dan keinginan penonton untuk menjemput beliau lagi". Walaupun begitu, hakikatnya pada malam tersebut beliau telah menyanyikan 3 ke 4 lagu lebih dari yang dirancangnya apabila melihat momentum emosi penonton yang menggalakkan...

Sewaktu sebelum pulang, beliau sempat berpesan "Jangan mengharapkan lagu kita menjadi Popular, sebaliknya berharaplah sejauh mana ia meninggalkan kesan" sambil merujuk kepada beberapa lagu beliau yang masih malar segar hingga ke saat ini..

Kata-kata beliau mengingatkan kembali pada pesanan kami sesama sahabat Inteam; "Seorang pendengar lagu kami yang mendapat kesan hidayah dari asbab lagu tersebut, adalah jauh lebih baik dari seribu peminat yang hanya mendengar lagu kami sekadar mendapat hiburan semata-mata"

Semoga kita semua mendapat kesan yang baik setelah mendengar alunan lagu-lagu nasyid tanahair...

Wallahu a'lam..
Blog Widget by LinkWithin