Assalamualaikum...

It has been a long time I didn't write in English so that I chose to post this time in English.
Yesterday (Monday) we did a performance in University of Prince Songkla in Pattani, Thailand.
Our second visit to this university this time is to be the judges for a Nasheed competition (they called Anasyid) among nasheed groups all over the three provinces which were Pattani, Narathiwat and Yala.














The situation and environment in Pattani looked more peace and calm than what has been shown in Television. business run as usual, people do their work as usual, but the organizer said that it is better for us not to go out at night, coz it'll be more dangerous at night. There were some road blocks along the way from the border to Pattani, but Alhamdulillah we passed through easily since we were on University's official Van escorted with Officers, lecturers and some students from the University.

Our arrival was welcomed with a welcoming dinner attended by Lecturers and students mostly Muslim. We were served with original Thai foods like Tomyam and Som Tam. Among the Lecturers were Us. Fajri, Asst. Prof. Sukree the Vice Dean of Faculty of Science and Technology, Dr. Osman Saree the Vice Director of Institute of SouthEast Asian Maritime Studies. There was also Mr. Lutfi who is newly converted Muslim (2 years ago). Amazingly, the reason (asbab) he converted into Muslim was when he listened to Raihan's Nasheed song; Haji Menuju Allah. He also knew and memorized some of Inteam's Songs and he requested us to sing Kebesaran Al-Quran on the mini-concert.

On the next morning, we became a judges for the nasheed competition. There were ten out of thirty groups chosen to be the finalist to compete on that morning. They were great and their spirit to develop this kind of songs were really
appreciated.

After the competition, we took a break by visiting the popular Mosque in Krisek, known as Masjid Krisek. It is well known not because of its fascinating design or amazing structure, but because of the history of some Muslims died inside the mosque, shot by the authority. I'm not really sure what was the reason of the attack on the mosque. We could still clearly see some defects and hole of bullet on the mosque's wall.















Performing tahiyyatul Masjid in Krisek Mosque




























Masjid Krisek through a hole of bullet.















In the evening, we had a performance or mini-concert for all the Muslim students, staffs and community around Pattani in the same hall of the competition. We sang 4 songs and one selawat. The hall was full with students and staffs and two gazebos built outside the hall were also full.

IsyaAllah, we are looking forward to have another visits to Pattani in the future. The ukhwah bond created between the organizer and us will remain, insyaAllah.

FOR MORE PICTURES OF THE SHOW, CLICK THE LINK BELOW:
http://bunga.pn.psu.ac.th/news/anasyid/index.htm
Labels: 0 comments | |
Assalamualaikum...


Sekian lama tak update blog ni lantaran kesibukan yang teramat menguruskan rakaman Iqra' dan Adikku Sayang 2. Siap je rakaman Iqra' 2 minggu lepas, terus sambung dengan rakaman album Adikku Sayang 2. Tak sempat nak break.


































Namun, alhamdulillah, tercapai juga hasrat nak menerbitkan album belajar Iqra' yang selama ni didominasi oleh penerbit cina. Kumpulan Asy-Syakirin yang pernah memenangi kategori kumpulan nasyid kanak-kanak dalam NMI merupakan 'talent'nya. Diorang ni, memang meriah, nakal(bijak) dan pandai-pandai semuanya. Seronok betul tengok kerenah diorang waktu recording.















Kumpulan Adikku Sayang pulak, kali ni album mereka lebih matang sikit dari yang dulu, tapi still untuk kanak-kanak. Sebab diorang ni pun dah nak meningkat remaja. Walaubagaimanapun, tahniah kepada calon UPSR Adikku Sayang yg berjaya dapat 5A dan 4A dalam UPSR yang lalu...














Dalam kesibukan rakaman tu, sempat jugak ofis IRSB buat sambutan hari kelahiran ana 7 hb 11 yg lalu, sekali dengan majlis menyambut staf baru IRSB; Abang Ito Lara. Terima kasih kepada semua yang menjayakannya... Terima kasih juga buat Isteri ana yang tercinta, kerana menghadiahkan ana Jam Tangan Kiblat (dah lama nak beli jam ni, senang nak solat masa travel), dan buat sheikh fairus yang accident waktu terlibat dalam 'komplot' membeli hadiah ana secara rahsia ni. :-) Ana dengar cerita, warga KTI yang datang meeting hari tu, konon2nya nak buat surprise jugak, tapi diorang tak bawak kek, ingatkan IRSB ada beli kek hari tu. :-) Takpelah, yang penting ingatan dan doa antum semua. Jazakumullahu Khairal Jaza'















Seterusnya, tahniah buat akhi Mie dan isterinya, atas majlis yang berlangsung baru-baru ini, juga tahniah kerana bakal menjadi Ayah dan Ibu. Sempat jugak ana dan keluarga menghadiri kenduri beliau di Felda Tementi, Pahang. Terima kasih atas layanan istimewa, ikan patin masak tempoyak tu memang best!!!














Assalamualaikum...
Selamat pulang dari beraya ana ucapkan pada semua...
Alhamdulillah, raya tahun ni dapat dilalui dengan baik, walaupun tak banyak sangat rumah dapat pergi.... Yang best sekali, mak ana yang tinggal dengan ana selama ni dah balik duduk di Taman Jaya, Temerloh, so, tahun ni adalah tempat nak balik beraya. Balik pulak ke rumah ana yang lama, so, dapatlah mengembalikan nostalgia zaman kecik2 dulu...

Ana balik awal sikit tahun ni, so sempatlah terawikh kat surau lama ana yang memang ana rindu sangat nak solat kat situ. Sempat jugak ana cat rumah 2-3 hari sebelum raya tu. Letihnya, Allah je yang tahu, memang kering tekak ana dibuatnya... Start mengecat pukul 7 pagi, break kejap tengahari, sambung semula sampai nak berbuka... Alhamdulillah, sempat jugak siap...



















Malam raya memang meriah, tradisi beraya dan bertakbir rumah ke rumah masih dilaksanakan walaupun beberapa orang lama di situ dah banyak yang pergi menghadap Ilahi.
Tahun ni, pukul 1 lebih baru habis beraya... Rumah ana buat tahlil kesyukuran dan doa selamat sekali, sempena kembalinya mak ana duduk di situ... Memang sebenarnya, ana sendiri suka tinggal kat situ... Walaupun namanya perumahan, tapi suasananya memang macam kampung... Masyarakatnya saling kenal-mengenali, suraunya aktif dan gotong royong masih lagi dilaksanakan...














Raya pertama ana di Temerloh, sempat jugak ziarah kubur arwah ayah. Sehari sebelum tu ana dah pergi cuci dan bubuh batu laut kat kubur tu, supaya tak tumbuh pokok-pokok liar yang tak berkenaan. Kemudian, raya kedua pergi Kuantan pulak, tidur rumah kakak ipar ana. Rancangannya, raya keempat nak balik Kelantan, tapi memandangkan Aufa demam dan batuk, terpaksalah cancel nak berjalan jauh. Terus balik KL je hari Khamis tu.















Apapun, memang berbeza raya orang dewasa dengan raya kanak-kanak. Tahun ni, ana menemankan anak sulung ana beraya malam raya tu, banyak jugaklah duit raya dia dapat. Seronoknya dia bukan main lagi...

Semoga , Syawal yang masih ada ini dapat kita sempurnakan dengan puasanam, semoga mendapat ganjaran pahala setahun berpuasa... Amiiiinnn....
Assalamualaikum...

Hari ni baru berpeluang nak posting...
Sebenarnya banyak sangat perkara yang berlaku bulan lepas dan bulan ni yang tak sempat ana cerita kat sini...














Antaranya Majlis Tahlil Kesyukuran Anniversary ana dan isteri yang kelima dan birthday Afnan yang keempat, serta majlis menyambut Ramadan Al-Mubarak...... Alhamdulillah, majlis tu berjalan lancar dan ramai jugak yang datang... Cuma hujan lebat seketika tetap tak mematahkan semangat team BBQ KTI untuk meneruskan perjuangan memanggang BBQ. Terima kasih kepada semua yang hadir... Sedar tak sedar, dah lima tahun rupanya rumahtangga kami terbina, dah banyak pengalaman pahit manis yang kami lalui bersama dari zaman belajar hinggalah ke zaman nak membina keluarga.. Alhamdulillah, Allah mengurniakan kebahagiaan buat kami... Doakan, kebahagiaan ini berterusan dan kami dapat menjadi keluarga yang soleh insyaAllah....














Seterusnya, program Ifthar KTI yang berlangsung di Dewan Belia awal Ramadan lalu, yang banyak meninggalkan kenangan manis bagi ana dan semua warga KTI yang lain... Di majlis ini jugalah terlantiknya Majlis Tertinggi baru KTI... Apa yang ana boleh katakan, program ni memang simple but nice, tak de pressure, penuh pengisian dan ukhwah... Program sebegini memang ana harapkan dari KTI... Terima kasih kepada penggerak program khususnya Pengarah kita Qausar dan semua yang terlibat serta yang hadir walaupun ada yang datang dari jauh... Selamat Berkhidmat bagi MT dan AJK KTI baru... Semoga MT lama boleh bagi tunjuk ajar...














Last but not the least, peluang ana bertemu dengan seorang Sheikh dari Syria merupakan satu peluang yang sangat indah... Pada mulanya, ana dan sahabat terdengar bacaan seorang Imam jemputan di Majlis Wilayah melalui Radio IKIM... Esoknya, lepas show ifthar, ana dan fairus terus ke Masjid Wilayah untuk solat di sana.. Memang syahdu bacaan Sheikh ni, doa Qunut dia saja cukup syahdu sehingga ramai juga makmum yang menitiskan air mata....















Kemudian esoknya, ana call Masjid Wilayah untuk menghubungi Sheikh ni... Sehinggalah ana berhubung dengan seorang orang kaya yang beriman bergelar datuk yang bertanggugjawab menaja perbelanjaan sheikh ni sepanjang berada di Malaysia.... Rupa-rupanya sheikh ni Imam tetap sepanjang Ramadan di Masjid Bukit Damansara... Esoknya, bertemankan seorang sahabat lama yang fasih berbahasa arab, ana telah solat di Masjid ini dan berpeluang bertemu sheikh ini.... Kami sempat menyampaikan cenderahati berupa CD-CD tarannum dan Nasyid terbitan IRSB kepada Sheikh ni. Nama Sheikh ni adalah Sheikh Mou'tasem Billah Al-Asali. Beliau adalah Qari'ul Munsyid, Qari dan penasyid, siap ada kumpulan nasyid sendiri... Beliau berasal dari Syria dan anak kepada seorang Qari terkenal di Syria... 10 orang adik-beradik beliau semuanya Qari'...















Rupa-rupanya, doa ana untuk bertemu Sheikh ni telah dimakbulkan Allah bahkan diberi lebih dari itu... Ana dan sahabat ana serta Fairus telah dipelawa menghantar beliau ke Hotel beliau di Kuala Lumpur... Kami juga dialu-alukan sebagai tetamu di bilik hotel beliau... Sempat jugak beliau mintak tolong ana tengok2kan Laptop baru dia yang dihadiahkan dari Datuk tadi.... Sempat kami berbincang beberapa perkara sambil menjamah buah kurma... Insya Allah kalau diberi peluang, semoga ana dapat berjumpa lagi dengan Sheikh ini.... Kalau anda nak dengar bacaan beliau, boleh layari www.moutasem.com, boleh download video dan audio bacaan beliau di ruangan media... Video beliau baca quran masa kecik pun ada...

Setakat itu dulu untuk kali ini, selamat melalui 10 malam terakhir Ramadhan dan semoga bertemu dengan Malam Al-qadar dan mendapat rahmatNya... amiinnn....














Allah Ta'ala telah berfirman di dalam surah Al-Qadr yang bermaksud:
"Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam al-Qadr dan apakah jalan yang menyebabkan engkau mengerti (kebesaran) lailatul qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan tuhan mereka (Allah), untuk setiap urusan. Sejahteralah malam ini hingga terbit fajar".
Kebanyakan ulama' Islam menegaskan bahawa kemungkinan berlakunya lailatul qadar adalah pada salah satu daripada malam kesepuluh terakhir sama ada malam ganjil ataupun malam genap.

Yang tetap berlakunya malam lailatul qadar adalah didalam pengetahuan Allah jua. Sesiapa sahaja yang beribadah di malam hari bulan ramadhan, jika kebetulan dengan malam lailatul qadar, maka dikurniakan ganjaran pahala melebihi ganjaran pahala yang dikurniakan kepada mereka yang beribadah selama seribu bulan atau selama 83 tahun 4 bulan berbanding dengan malam yang lain-lain.

Rasulullah s.a.w. sendiri amat bersungguh-sungguh menghidupkan sepuluh malam terakhir daripada bulan ramadhan bersama-sama ahli keluarganya dengna beribadah, bertadharu', beristighfar dan bermunajat kehadrat Allah, memohon rahmat, keampunan dan keredhaanNya.

Walaupun Rasulullah s.a.w. seorang yang maksum, dijamin terpelihara daripada dosa dan noda bahkan dijamin syurga, namun baginda tetap berjaga malam untuk qiamullail, menahan diri daripada tidur kecuali untuk seketika sahaja. Orang yang tekun beribadah pada 10 malam yang terakhir daripada bulan ramadhan akan mendapat rahmat yang dijanjikan sama ada dapat atau tidak menemui apa-apa tanda. Kerana yang penting adalah sepertimana yang tersebut dalam hadis sohih riwayat Bukhari dan Muslim iaitu:

Menghayati malam tersebut dengan ibadah
Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya.
Selain tanda-tanda tersebut, para alim ulama' menyebut bahawa beberapa tanda-tanda lain bila berlaku malam lailatul qadar. Antaranya ialah :

Ada yang berkata orang yang menemui malam lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang disegenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.
Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.
Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
Ada yang berkata doa permohonannya makbul.
* Imam Tabari pula menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya seseorang itu dapat melihat atau mendengar kerana tidak disyaratkan melihat atau mendengar sesuatu untuk menemui malam lailatul qadar.
Labels: 0 comments | |
Labels: | |
Alhamdulillah....

Pejam celik, pejam celik, dah bertemu semula dengan bulan penuh barakah, bulan Ramadhan...
Rasa macam baru lagi berlalu Ramadhan yang lalu... Hanya, lafaz kesyukuran yang tak terkira ke hadrat Allah Yang Maha Pengasih, kerana masih memanjangkan usia kita dan memberi peluang untuk kita bertemu kembali dengan bulan muhasabah dan koreksi diri ini. Maknanya, doa kita di bulan Ramadhan yang lepas agar dapat dipertemukan lagi dengan bulan Ramadhan tahun ini, telah dimakbulkan. Alhamdulillah...

Makin tua kita, makin cepat masa berjalan ke atas kita... Masih ingat lagi waktu di sekolah rendah dulu, rasanya lama sangat-sangat nak menghabiskan satu tahun tu, nak sampai ke darjah enam, pas tu masuk tingkatan satu, hinggalah nak menyampaikan ke tingkatan lama tu rasa macam berabad-abad lamanya... Tapi sekarang ni, setahun tu macam tak sedar je dah habis, tau-tau dah 9 tahun dah kumpulan inteam ni ditubuhkan.

Bila bulan Ramadhan datang, ana sentiasa rindukan suasana Ramadhan waktu ana di Taman Jaya, Temerloh, kira-kira dalam tahun 90-an lah... Waktu tu, kat surau ni orang tua-tua jadi member tadarus ana, sebab perumahan ana tu rumah guru, dan kebanyakan guru-gurunya dah pencen... Nak harap orang muda, adalah dua tiga orang member ana je... Suasana terawikh, sampailah ke tadarus, memang seronok dan nostalgik. Biasanya lepas terawikh dan moreh, semua jemaah balik, tinggallah dalam 5-6 orang tadarus Quran, siap on air kat speaker surau lagi... Pas tu, yang bestnya, kekadang orang kampung datang surau bawak air, kuih dan makanan untuk orang yang tadarus ni...

Apa yang menarik, melalui tadarus ni lah kami belajar memperkemaskan tajwid... Ada sorang cikgu ni (dah meninggal dunia sekarang-alfatihah), ana kagum betul dengan semangat dia, dari mengaji merangkak2 macam budak kecik, tiap2 tahun dia join tadarus ni, sampailah dekat 3-4 tahun, akhirnya dia dah boleh tegur orang lain punya bacaan pulak... Tu lah bagusnya bertadarus ni... Kira macam Practice make perfect lah...

Tapi yang sedihnya, suasana macam tu ana dah tak dapat rasa lagi... maklumlah, dah duduk kat bandar metropolitan ni, jangankan nak tadarus, nak solat tarawikh kat surau condo ana pun belum cukup organize lagi... Surau tu baru beroperasi 2 tahun, tahun lepas ana lah AJK, analah kena jadi imam, siak dan ana jugaklah kena bawak P.A System... Tahun ni, ana agak sibuk, Ajk baru dah dilantik, ana dengar cerita dari sorang ajk tu, ada imam tahfiz tetap dah dilantik... Alhamdulillah, lega rasanya ana... Tapi semalam, bila sampai surau, rupa2nya diorang tak dapat cari Imam tetap, kena jugaklah ana bergilir dengan sorang ustaz dari UIA jadi imam... Ana selalu outstation, ustaz tu pun sibuk jugak... Harap-harap, dapatlah memikul tanggungjawab ni...

nanti sambung, ada meeting...

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَام كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ.

"Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana puasa itu diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa".




Firman-Nya lagi:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ..

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur`an, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu .. ".
















Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla Berfirman: “Melainkan puasa, kerana ianya untukKu dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanan keranaKu”. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi disisi Allah daripada bau Misk. (minyak wangi kasturi).

(Al-Bukhari dan Muslim)

Labels: 0 comments | |
Blog Widget by LinkWithin