Assalamualaikum...
Selamat pulang dari beraya ana ucapkan pada semua...
Alhamdulillah, raya tahun ni dapat dilalui dengan baik, walaupun tak banyak sangat rumah dapat pergi.... Yang best sekali, mak ana yang tinggal dengan ana selama ni dah balik duduk di Taman Jaya, Temerloh, so, tahun ni adalah tempat nak balik beraya. Balik pulak ke rumah ana yang lama, so, dapatlah mengembalikan nostalgia zaman kecik2 dulu...

Ana balik awal sikit tahun ni, so sempatlah terawikh kat surau lama ana yang memang ana rindu sangat nak solat kat situ. Sempat jugak ana cat rumah 2-3 hari sebelum raya tu. Letihnya, Allah je yang tahu, memang kering tekak ana dibuatnya... Start mengecat pukul 7 pagi, break kejap tengahari, sambung semula sampai nak berbuka... Alhamdulillah, sempat jugak siap...



















Malam raya memang meriah, tradisi beraya dan bertakbir rumah ke rumah masih dilaksanakan walaupun beberapa orang lama di situ dah banyak yang pergi menghadap Ilahi.
Tahun ni, pukul 1 lebih baru habis beraya... Rumah ana buat tahlil kesyukuran dan doa selamat sekali, sempena kembalinya mak ana duduk di situ... Memang sebenarnya, ana sendiri suka tinggal kat situ... Walaupun namanya perumahan, tapi suasananya memang macam kampung... Masyarakatnya saling kenal-mengenali, suraunya aktif dan gotong royong masih lagi dilaksanakan...














Raya pertama ana di Temerloh, sempat jugak ziarah kubur arwah ayah. Sehari sebelum tu ana dah pergi cuci dan bubuh batu laut kat kubur tu, supaya tak tumbuh pokok-pokok liar yang tak berkenaan. Kemudian, raya kedua pergi Kuantan pulak, tidur rumah kakak ipar ana. Rancangannya, raya keempat nak balik Kelantan, tapi memandangkan Aufa demam dan batuk, terpaksalah cancel nak berjalan jauh. Terus balik KL je hari Khamis tu.















Apapun, memang berbeza raya orang dewasa dengan raya kanak-kanak. Tahun ni, ana menemankan anak sulung ana beraya malam raya tu, banyak jugaklah duit raya dia dapat. Seronoknya dia bukan main lagi...

Semoga , Syawal yang masih ada ini dapat kita sempurnakan dengan puasanam, semoga mendapat ganjaran pahala setahun berpuasa... Amiiiinnn....
|
2 Responses
  1. huhuh.. bestnya dapat berapa ngan keluarga kan?? kami kat sini.. hanya raya sesama sendiri je..


  2. are-in Says:

    wahhhh..keluarga bahagia hehehe.. semoga kekal bahagia hingga akhir hayat...dan semoga kump inteam akan kekal dlm industri seni.. GOOD LUCK...drpd peminat inteam


Blog Widget by LinkWithin