Imbasan 2011

15 November 2010 - itulah tarikh terakhir posting blog ini yang lalu. Subhanallah, sedar tak sedar telah setahun berlalu tanpa sebarang update di sini menggambarkan betapa setahun yang lalu(2011) kesibukan telah membataskan ruang untuk menulis di sini. Di tambah dengan Facebook yang membunuh forum, portal, blog dan seumpamanya.

Antara kesibukan 2011:

1. MAHER ZAIN LIVE IN CONCERT - 25 - 26 FEBRUARY 2011

Sebagai Program Coordinator untuk konsert ni, memang lah sangat-sangat sibuk. Dengan pengalaman yang kurang dan hampir tiada, alhamdulillah konsert ini berjaya juga dilaksanakan dengan bantuan sahabat-sahabat lain yang lebih berpengalaman. Untuk konsert ni saja, hampir 4 bulan kesibukan melanda diri sebelum terlaksananya acara ini.

sibuk-sibuk

Malam selepas selesainya konsert ni, kami minum-minum di kedai mamak berhampiran dan seriously perasaannya masa tu sama macam perasaan baru selesai final exam untuk final paper dan final year.... dan saya percaya, perasaan yg sama juga di kongsi oleh krew-krew yg berhempas pulas untuk acara ini.... Alhamdulillah Syukur...

Ketibaan Maher Zain

Baguuzzz!!!

Press conference at KL Tower

8 Platinum Award untuk Jualan album melebihi 120,000 unit

Press Conference

Interview MHI TV3


Interview at Metro



Training session at Akarkarya studio

Mesut Kurtis tv appearance

Maher Zain

Training session at Akarkarya studio



Press Conference at Harian Metro



Part of the Team

The Team


2. PESTA BUKU ANTARABANGSA 2011 - MAC 2011

Sebagai peserta Pesta Buku Antarabangsa untuk kali ke 3 tahun 2011 ni, tidaklah terlalu sibuk dari segi persediaannya... Cuma kesibukan sepanjang acara ini dek kerana perlu berulang-alik ke KL dalam tempoh acara ini berlangsung. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik..

3. KELAHIRAN ANAK KE 3 - MUHAMMAD AFFAN AL-AMIN - 5 APRIL 2011



Allah Maha Pemurah mengurniakan kami anak ke 3 pada tahun 2011. Allah Maha Pengasih juga menguji kami kali ini kerana selepas kelahiran anak kecil ini terkena jangkitan kuman di paru-paru yg menyebabkannya sukar untuk bernafas dan terpaksa dikejarkan ke NICU di Hospital Tropicana, Kota Damansara. Hampir 10 hari juga berada di Hospital. Alhamdulillah, Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang telah memberikan kesembuhan kepada anak ini.


"Kesenangan yang datang, tak akan selamanya, begitulah selepas susah ada kesenangan,
Seperti selepas malam, datangnya siang, oleh itu waktu senang, jangan lupa daratan...
Ujian adalah, tarbiyah dari Allah, apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya..."

Alhamdulillah, hari ini Muhd Affan Al-Amin sudah 9 bulan dan menjadi bayi sihat yang montel...




4. SHOWCASE SHUHADA' AT-TAQWA 11 JUNE 2011

Bulan June 2011, Malaysia dikejutkan dengan berita menyedihkan runtuhan tanah yang menimpa Madrasah At-Taqwa di Hulu Langat sehingga mengorbankan nyawa. Pihak Munsyid dan KTI (Komuniti Teman Inteam) serta beberapa wakil kelab penyokong nasyid telah menziarahi mangsa yang terselemat bagi menghulurkan sedikit sumbangan dan menyatakan keprihatinan. Akhirnya atas semangat bersama, pihak Munsyid telah menganjurkan satu Showcase Amal di Dataran Shah Alam bagi mengutip sumbangan untuk mangsa kejadian ini.




Program ini menyaksikan bagaimana berpuluh Munsyid berkumpulan dan solo, serta penggiat-penggiat nasyid bersatu bersama mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit bagi menjayakan acara ini. Bahkan setiap kumpulan nasyid yg terlibat mengeluarkan wang masing-masing untuk tujuan sumbangan dan menjayakan acara ini. Alhamdulillah, acara ini berjalan lancar dan sejumlah kutipan wang telah disalurkan kepada pihak Madrasah Anak Yatim dan Miskin At-taqwa.



5. KONSERT PHUKET HALAL, THAILAND - JUNE 2011

Tahun 2011 menyaksikan peluang Inteam mengadakan persembahan di negara Thailand semakin terbuka. Rentetan jemputan persembahan di Narathiwat, Pattani, Krabi dan Yala seterusnya membawa kami ke Phuket bagi memeriahkan acara pentas Karnival Halal Phuket. Satu pengalaman yang baru bagi Inteam kerana sebelum ini persembahan di Selatan Thai kebanyakannya disaksikan penonton Islam dan boleh memahami bahasa Melayu Kelantan. Namun di Phuket, mereka kurang memahami bahasa melayu dan tidak kurang juga ada penonton yang bukan beragama Islam.






6. KE JAKARTA BERTEMU PENERBIT BUKU - JULY 2011

Atas misi merancakkan penerbitan buku oleh Inteam Publishing, kami bersama MD Inteam Publishing telah mengadakan satu business trip ke Jakarta dengan dibantu oleh seorang insan yang sangat baik hati dan tidak lokek berkongsi rahsia kejayaan iaitu encik Hisyam. Perjalanan musafir ini membawa kami bertemu dengan owner Pustaka Al-Mizan; Habib Haider, bos Pustaka Hidayah dan beberapa penerbit buku besar di Indonesia.

With Pustaka Mizan owner Habib Haidar

Alhamdulillah, kami yang baru setahun jagung ini telah banyak mendapat pelajaran dan menimba ilmu dan pengalaman dari mereka ini yang sudah lama dalam bidang penerbitan dan pengedaran buku.

Hasilnya, lebih 30 tajuk telah berjaya kami dapatkan lesen hakciptanya untuk di terbitkan dan dicetak semula di Malaysia.

Alhamdulillah, syukur pada Allah yg telah membuka jalan ini bagi kami.
Terima kasih juga buat saudara Hisyam dan Habib Ali dari Jakarta yang banyak membantu kami untuk tujuan ini.
Jalan-jalan cari Makan bersama Habib Ali Kwitang

Jalan-jalan cari buku at Toko Wali Songo

Bersama ayahanda Habib Ali iaitu Habib Abdul Rahman

With owner of Pustaka Lentera Habib Syarif


Ziarah Makam

Di rumah Habib Haidar



7. SHOW IFTHAR SEPANJANG RAMADAN DI SACC CONVENTION CENTER - AUGUST 2011

Alhamdulillah, tahun 2011 kami telah mendapat kontrak menguruskan persembahan Ifthar sepanjang Ramadan di SACC convention Center, Shah Alam. Dapat juga kami agih-agihkan show ini bersama sahabat-sahabat munsyid yg lain.

Memang bagus mendapat tawaran dan peluang ini, namun bayarannya ialah pengorbanan masa bersama keluarga dan masa untuk menumpukan ibadah ramadan dengan lebih fokus di surau atau masjid di rumah masing-masing.

Alhamdulillah, mujur juga pihak SACC mengadakan solat maghrib, isya dan tarawih sepanjang Ramadan dengan menyediakan imam khas.

8. IRFAN MAKKI PROMO TOUR - NOVEMBER 2011

Setelah mempromosikan Maher Zain dan mengadakan konsertnya di Malaysia, kami juga bertanggungjawab untuk memperkenalkan artis Awakening dari Canada kelahiran Pakistan iaitu Irfan Makki. Secara personal, bagi saya Irfan Makki sangat 'down to earth', humble dan peramah. Peluang menguruskan promosi beliau merupakan satu kenangan dan pengalaman manis bagi kami juga merapatkan lagi hubungan kami di Inteam Records dengan beliau. Sempat juga beliau menyaksikan perlawanan bolasepak akhir Malaysia melawan Indonesia di kedai Mamak dan pengalaman ini sangat asing dan baru bagi beliau.

Kami juga berpeluang membawa beliau ke Cameron Highland dan juga bersiar-siar di sekitar KL dan Putrajaya.
Ketibaan Irfan Makki

At Cameron Highland


Interview ikim.fm bersama mr. Pyan

Meet The fan at IIUM




Press conference and album launching

Interview "Assalamualaikum" at TV Al-Hijrah


Crew behind the scene


9. MENJADI TETAMU MAJLIS NURUL MUSTOFA DI JAKARTA - DISEMBER 2011

Alhamdulillah, rentetan dari bertemu penerbit-penerbit buku di Indonesia yang kebanyakannya para habaib, kami berpeluang dijemput oleh Al-Habib Hassan as-seggaf dari Indonesia untuk menghadiri majlis mingguan beliau; Majlis Nurul Mustofa, yang dikhabarkan kepada kami dihadiri oleh ratusan ribu jemaah.

Majlis selawat dan taklim mingguan di tengah kota Jakarta


Dihadiri ratusan ribu orang setiap minggu


Kelihatan Habib Hassan Assegaf di tengah-tengah

Bersama Habib Hassan As-segaf

Bersama bapak Iwan bos besar Gema Insani

Meninjau kilang printing Gema Insani


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah menjadikan segala yg berlaku dan berlalu sepanjang tahun 2011 berjalan dengan baik. Semoga tahun 2012 dan tahun-tahun mendatang menjanjikan sesuatu yang lebih bermakna dan bermanfaat dunia dan akhirat... amiiinnnn...
Blog Widget by LinkWithin