Assalamualaikum...


Alhamdulillah, ana dan keluarga telah selamat pulang dari sebuah perjalanan panjang ke Negara seberang tambak iaitu Singapura. Tujuan utama ke sana adalah untuk memenuhi jemputan persembahan Walimatul Urus Faizal & Fateelah di Woodlands. Namun, misi ini diluaskan lagi dengan membawa keluarga ana makan angin di sana sambil beraya di rumah saudara-saudara seIslam di sana.

Sebelum bercerita panjang tentang Kembara di Singapura, Rabu lepas ana berpeluang menghadiri satu Majlis bersama seorang keturunan nabi yang mulia iaitu As Syeikh Al Habib As Sayyid Ahmad Bin Sayyid Muhammad Alawi al Maliki al Hasani..ulama yang Berasal dari Tanah Suci Makkah. Ana hadir ke Majlis yang diadakan diKemensah Heights itu bersama Sheikh Rahim dan diikuti Sheikh Taha.
















Alhamdulillah, dapat juga ka
mi mendengar sedikit mutiara kata dari beliau, dan beberapa orang ulama dan para habib yang mengikuti rombongan beliau. Sempat juga ana mengucup tangan dan pipi Fadhilatus Sheikh Al Habib As Sayyid Ahmad Bin Sayyid Muhammad Alawi al Maliki al Hasani, sambil berharap dan berdoa agar suatu hari nanti, di akhirat kelak, dapat juga ana mencium dan mendakap datuk beliau; kekasih Allah yang kita rindui, nabi Muhammad S.A.W.
Sekali lagi ana merasa diri ini terlalu hina, dan kotor dengan
maksiat, hinggakan tak sanggup bertentang mata dengan beliau. Semoga Allah izinkan ana dan keluarga serta sahabat-sahabat berada di bawah naungan syafaat datuk beliau, Nabi Muhammad S.A.W.














Kembali kepada cerita kembara k
e Singapura. Setibanya ana dan keluarga di Singapura, kami telah dinantikan oleh Salimah untuk dibawa ke rumahnya di Woodlands, hampir dengan sempadan. Alhamdulillah, pasangan Reza dan Salimah sangat-sangat meraikan kami dan melayan kami dengan sangat baik. Terima kasih kepada mereka berdua, semoga Allah memurahkan rezeki mereka dan memberi kebahagiaan kepada mereka berdua.















Hari pertama di Singapura, kami dibawa beraya ke rumah sahabat-sahabat dan saudara Reza dan Salimah. Seronok melihat ukhwah mereka yang sangat erat. Reza dan sahabat-sahabat nasyidnya, kumpulan Inabah kelihatan seperti adik-beradik, sangat erat dan mesra.















Hari kedua, kami ke beberapa buah rumah lagi termasuk rumah keluarga mertua Fitri UNIC, kebetulan beliau berada di sana. Kami juga ke rumah Abang Zack yang baru kehilangan insan tersayang; anak sulungnya a
llahyarham Fakhrul Aiman, yang pergi menghadap Ilahi pada hari raya ketiga yang lalu. Sekalung Al-fatihah untuk arwah.... Semoga Allah memberi kekuatan kepada Abg Zack, isterinya dan keluarga untuk melalui ujian ini.

Selepas habis beraya, kami memulakan perjalanan ke Pulau Sentosa menaiki MRT, terima kasih kepada Salimah yang sanggup menghantar kami sampai ke sana. Kami sampai dah agak lewat petang, sempatlah kami pusing-pusing Pulau Sentosa dan menonton tayangan 4D dan persembahan air, api, dan cahaya dalam Songs of The Sea. Pulang dari sana, kami cuba menaiki MRT sendiri untuk pulang ke Woodlands, alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan dan tidak sesat, walaupun kena bertukar train dan sebagainya.



















Seterusnya, hari Ahad, sahabat-sahabat Inteam yang lain pun
tiba untuk kami mengadakan persembahan dalam walimatul urus yang ana sebutkan tadi. Persembahan kami ni merupakan surprise present dari adik dan ibubapa pengantin perempuan yang sememangnya merupakan peminat Inteam.















Petang sebelum pulang ke Malaysia, kami berkesempatan menziarahi pusara anak Abg Zack di tanah perkuburan Muslim yang teratur di sana dan membacakan Yasin dan tahlil. Selepas itu kami tidak melepaskan peluang menziarahi maqam ahlul bait, Habib Nuh dan Habib Abdul Rahman Al-Habsyi di Palmer road. Bagaikan sudah menjadi acara wajib setiap kali kami ke Singapura untuk menziarahi maqam waliyullah ini.















Seterusnya, perjalanan kami di Singapura berakhir di sini, selepas mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga Abg Zack, dengan berat hati kami meneruskan perjalanan pulang ke Malaysia. Alhamdulillah, kami selamat sampai KL hampir jam 12 malam.
|
0 Responses
Blog Widget by LinkWithin