Jumaat lepas ana berpeluang mendengar khutbah dan menunaikan solat Jumaat berimamkan Sheikh Habib Umar dari Yaman yang merupakan keturunan Rasulullah S.A.W. Apabila dimaklumkan oleh saudara Rahim bahawa beliau akan menyampaikan khutbah di Masjid UIA Gombak, kami bergegas ke sana selepas menyelesaikan beberapa urusan pejabat.

Alhamdulillah, sampai awal, kami dapat menempah saf hampir dengan kedudukan Imam. Hati ana agak berdebar-debar kerana ingin berhadapan dengan seorang Ulama terkenal berdarah daging Rasulullah yang dirindui. Dari kisah-kisah yang ana dengar mengenai beliau, nyatalah beliau bukan calang-calang ulama.

Pintu mimbar terbuka dan muncullah seorang lelaki berwajah hitam manis yang kelihatan zuhud dan wara'. Salam diberi, menambah getaran di hati ini. Khutbah Jumaat yang disampaikan walaupun dalam bahasa arab, tidak mencetuskan sedikitpun rasa mengantuk di mata ana, bahkan mata dan hati ini sentiasa fokus pada setiap yang disampaikannya. Berbekalkan sedikit ilmu bahasa arab yang ana pelajari di sekolah menengah, dapatlah ana menangkap sedikit sebanyak apa yang disampaikannya. Flash kamera silih berganti, diikuti juga dengan beberapa jurugambar kamera video merakamkan khutbah yang disampaikan. Satu situasi yang agak berbeza ana dapat rasakan. Biasanya flash kamera hanya akan silih berganti jika yang ada didepan adalah artis popular.
Khutbah yang disampaikan kali ini ringkas tetapi cukup berkesan. Tajuknya berkenaan dengan Ikhlas. Antara isinya yang dikupas ialah berkenaan bahan bakar api neraka yang terdiri dari Ulama, Dermawan dan Syuhada' yang tidak ikhlas. Apabila dipersembahkan amalan mereka dihadapan Tuhan, maka dikatakan kepada mereka Kazzabta!!! 'kau berbohong'- Kau menuntut ilmu kerana ingin digelar ulama, Kau mendermakan hartamu kerana ingin dikenali sebagai dermawan dan kau menjadi syuhada' kerana ingin disebut2 sebagai seorang yang berani. Terasa sukarnya ingin menanam rasa ikhlas dalam diri ini untuk beramal.

Setelah selesai solat berimamkan Sheikh Habib Umar dan mendengar terjemahan khutbah beliau, ana mengikuti beberapa jemaah termasuk akhi Syah, menuju ke arah Habib Umar untuk bersalaman dengannya. Tiba giliran ana, terasa teramat malu dan takut ingin melihat mata beliau memikirkan dosa-dosa yang ana lakukan. Ana sempat mencium tangan beliau, mendakap dan mencium kedua2 belah leher beliau. Bau harum menusuk ke rongga hidung membuatkan ana terfikir alangkah bahagianya jika dapat mendakap dan mencium Rasulullah yang dirindui sedemikian rupa....
Ya Allah, izinkanlah hambaMu yang hina dan berdosa ini bertemu dan mendakap serta mencium Kekasih mu Rasulullah S.A.W walaupun dalam mimpiku.... Amiiinnnn...
|
9 Responses
  1. CikguZue Says:

    Salam...ramai yang mengaku keturunan nabi...ada yang kata..abu Lahab pun keturunan nabi...yang penting, kezuhudan, kewarakan dan hampirnya seseorang kepada Allah..itulah yang dikagumi..moga kita sama2 hayati.



  2. Author Says:

    Assalamualaikum..

    mencintai ahlul bait umpama mencintai nabi. Malanglah sekiranya kita umpakanan mencintai Habib Umar umpama mencintai Abu Lahab. Habib umar bukan sekadar mashor dari segi keturunan sahaja tetapi dari segi ilmu, akhlak dan amalan beliau.. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Wallahualam


  3. elfan Says:

    AHLUL BAIT, CELAH ANTARA SUNNI DAN SYIAH

    Dlm Al Quran yang menyebut 'ahlulbait', rasanya ada 3 (tiga) ayat dan 3 surat.

    1. QS. 11:73: Para Malaikat itu berkata: "Apakah kamu merasa heran tentang ketetapan Allah? (Itu adalah) rahmat Allah dan keberkatan-Nya, dicurahkan atas kamu, hai ahlulbait. Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah".

    2. QS. 28:12: Dan Kami cegah Musa dari menyusu kepada perempuan-perempuan yang mau menyusukan(nya) sebelum itu; maka berkatalah Saudara Musa: 'Maukahkamu aku tunjukkan kepadamu 'ahlulbait' yang akan memeliharanya untukmu, dan mereka dapat berlaku baik kepadanya?

    3. QS. 33:33: "...Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu 'ahlulbait' dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya".

    Jika kita kaitkan dengan makna ketiga ayat di atas dan bukan hanya QS. 33:33, maka lingkup ahlul bait tersebut sifatnya menjadi universal terdiri dari:

    1. Kedua orang tua Saidina Muhammad SAW.

    2. Saudara kandung Saidina Muhammad SAW.

    3. Isteri-isteri beliau.

    4. Anak-anak beliau baik perempuan maupun laki-laki. Khusus anak lelaki beliau yang berhak menurunkan 'nasab'-nya.

    Bagaimana tentang pewaris tahta 'ahlul bait' dari Bunda Fatimah?. Ya jika merujuk pada QS. 33:4-5, jelas bahwa Islam tidaklah mengambil garis nasab dari perempuan kecuali bagi Nabi Isa Al Masih yakni bin Maryam.

    Lalu, apakah anak-anak Bunda Fatimah dengan Saidina Ali boleh kita anggap bernasabkan kepada nasabnya Bunda Fatimah?. ya jika merujuk pada Al Quran maka anak Bunda Fatimah dengan Saidina Ali tidaklah bisa mewariskan nasab Saidina Muhammad SAW.


    Bagaimana Saidina Ali bin Abi Thalib, anak paman Saidina Muhammad SAW, ya jika merujuk pada ayat-ayat ahlul bait pastilah beliau bukan termasuk kelompok ahlul bait. Jadi, anak Saidina Ali bin Abi Thalib baik anak lelakinya mapun perempuan, otomatis tidaklah dapat mewarisi tahta 'ahlul bait'.

    Kesimpulan dari tulisan di atas, maka pewaris tahta 'ahlul bait' yang terakhir hanya tinggal bunda Fatimah. Berarti anaknya Saidina Hasan dan Husein bukanlah pewaris tahta AHLUL BAIT.

    Ya jika Saidina Hasan dan Husein saja bukan Ahlul Bait, pastilah anak-anaknya dan keturunan berikutnya otomatis bukan pewaris Ahlul Bait, mereka murni adalah bernasab pada Saidina Ali bin Abi Thalib.

    Dengan demikian sudah waktunya kita menutup debat dan perbincangan masalah Ahlul Bait ini. Fihak-fihak baik kelompok sunni, habaib maupun kelompok syiah yang selama ini saling mengklaim bahwa mereka adalah keturunan ahlul bait itu, sebenarnya ridak ada haknya sebagai pewaris ahlul bait akibatnya telah menimbulkan peruncingan hubungan sesama Muslim.


  4. Unknown Says:

    Rasulullah s.a.w Ada mengatakan bahawa hassan Dan Hussein adalah putera2ku..bukanlah cucuku ...fikir2kan..


  5. Unknown Says:

    Rasulullah s.a.w Ada mengatakan bahawa hassan Dan Hussein adalah putera2ku..bukanlah cucuku ...fikir2kan..


  6. Unknown Says:

    Rasulullah s.a.w Ada mengatakan bahawa hassan Dan Hussein adalah putera2ku..bukanlah cucuku ...fikir2kan..


  7. elfan Says:

    dlm Islam mslh nasab hanya berdrskan pada kaum lelaki bukan perempuan (QS. 33:4-5). Istilah keturunan nabi, rasul atau ahlul bait tidak dikenal krn yg ada istilah keturunan Adam. Ibrahim dll. ya termasul keturunan Muhammad SAW, jd pakai nama ybs. Lalu, ktrn Saidina Muhammad SAW apakah ada? Ada hanya sampai pada Bunda Fatimah, setelah itu kalau pun ada ya keturunan Saidina Ali bin Abi Thalib. Dengan demikian, tidak dikenal adanya warisan 'mahkota' keturunan mani, rasul dan ahlil bait itu.


  8. iniAmin Says:

    Terima kasih atas pendapat anda semua, kita berlapang dada atas pendapat masing-masing, semuanya berlandaskan nas dan dalil-dalil yg juga dipelajari dari guru-guru yg luas ilmunya.

    Sepertimana digalakkan dan dianjurkan mencintai orang-orang soleh dan berilmu, usahlah ditimbulkan pula isu seolah-olah melarang kita mencintai mereka, apatah lagi mengalirnya di dalam darah mereka dari jaluran zuriatnya baginda Rasulullah SAW, baik perempuan atau lelaki.

    Sekiranya anda tidak mahu mencintainya, itu hak anda dan begitulah juga haknya bagi kami untuk mencintanya pula.

    Tidak pernah pula mencintai mereka mencetus peruncingan hubungan sesama muslim seperti anda katakan, bahkan menghalang mencintai ulama yang muslim itulah yg terang-terangan mencetus peruncingan hubungan sesama muslim.

    Semoga kita dijauhkan dari menjadi insan yg suka benci membenci dan salah menyalah, bahkan mencari titik pertemuan bagi kesatuan umat Islam. Amiiin Ya rabbal alamin.


Blog Widget by LinkWithin