Alhamdulillah, Konsert Mahabbah Gaza anjuran Rabbani dan tajaan PRM Global telah selamat berlangsung dengan jayanya. Konsert ini telah diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam dengan matlamat utamanya adalah untuk menyatakan keprihatinan dan sokongan terhadap isu kemanan sejagat yang melanda saudara-saudara kita di Palestin khususnya di Gaza.

Selain itu, konsert yang diadakan secara percuma tanpa tiket ini turut bertujuan mengutip derma bagi disumbangkan terus kepada wakil Lifeline4Gaza Malaysia melalui Haluan Palestin. Alhamdulillah, kutipan pada malam tersebut diumumkan oleh pengerusi majlis hampir mencecah RM 30,000.

Ketua delegasi Malaysia dalam misi bantuan Freedom Flotilla dalam kapal Mavi Marmara iaitu Tn. Haji Noorazman turut hadir bagi mengisi ruangan 'sharing moment' dengan berkongsi sedikit pengalaman beliau dalam tragedi yang berlaku ke atas Mavi Marmara.

Antara yang menyampaikan persembahan sajak dan nasyid pada malam tersebut ialah kumpulan Raihan, Rabbani, Nowseeheart, Saujana, Ummul Qurra', Inteam, Rabbani Junior, dj-dj IKIM.fm dan ramai lagi.

Sebahagian pengunjung yang memenuhi stadium tertutup ini turut berkongsi perasaan dengan ada yang menangis dan ada pula yang bersemangat untuk terus menyokong misi bantuan dan pembebasan Gaza ini.

Konsert yang mendapat sambutan hangat ini dijangka akan diteruskan lagi ke peringkat negeri-negeri bermula dengan Negeri Kelantan darul Naim. Insya Allah..

Syabas kepada Rabbani Production selaku penganjur utama, sesungguhnya saya secara peribadi kagum dengan kemampuan Rabbani menganjurkan konsert besar sebegini, dan pengalaman Rabbani dalam menganjurkan konsert semakin meningkat dan semakin mantap. Insya Allah, saya pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan tunjuk ajar daripada mereka dalam bidang penganjuran konsert sebegini.

Teruskan sokongan anda terhadap usaha murni ini...

Sumber gambar: FirdausMahadi, Alief Edzwan, Azree Hanifiah, Afiq Fadhli, Siti Hazrin dan ramai lagi. Terima kasih.



























Alhamdulillah, rehlah KTI di Cameron Highlands telah berlangsung dengan jayanya. Sedikit sebanyak kekurangan yang ada tu biasalah, dah lumrah kita manusia yang tidak sempurna.

Apa yang penting ana ingin ucapkan tahniah kepada tuan pengarah saudara Aliff dan seluruh AJK2 yang terlibat kerana telah berjaya melaksanakan tanggungjawab dengan baik sekali.

Segala kekurangan dan perkara-perkara last minute yang tak terjangka berjaya diatasi dengan contingency plan yang ada. Ana personally nak mohon maaf kat Aliff sebab banyak kali call enta utk updates macam2 perkara.

Anyway, rehlah ini memang menggembirakan ana dan keluarga, walaupun masanya singkat, tetapi cukup untuk mendamaikan hati dengan cuaca dan pemandangan yang permai di Cameron Highlands.

Tambah menarik lagi, peluang untuk mengeratkan silaturrahim bersama antum semua, bukan senang nak dapat ruang dan peluang sebegini.

Pengalaman akan mematangkan kita, program rehlah kali pertama ini akan dijadikan rujukan utk program2 seterusnya. Walaumacamana kekurangan sekali pun, rehlah julung kalinya ini pastinya menjadi rujukan dan merupakan yang terhebat pernah diadakan... insya Allah...

Bagi ana, semuanya menepati apa yang kita rancang dengan konsep 'santai'... Cuma hujan diwaktu BBQ itu, bukanlah dalam kekuasaan kita... Anyway, good job, nice experience!!!

So, let the pictures tell the rest of the story...





































Sumber gambar: Facebook zaujati, facebook ahli-ahli KTI dan website Komuniti Teman Inteam.
Terima kasih.
Blog Widget by LinkWithin