Ladang Teh Boh yang merangkumi sebahagian besar Cameron Highlands


Di celah-celah kesibukan jadual bulan Julai ini dan Ogos yang bakal mendatang, sempat juga kuatur bersama isteri percutian ringkas 2 hari 1 malam di Cameron Highlands. Rihlah kali ini adalah untuk meluangkan masa optimum bersama isteri dan anak-anak tercinta dek kerana setiap hujung minggu je, pasti anak-anak akan bertanya ke mana pergi ayahnya, sibuk dengan program di sana-sini...

Alhamdulillah, satu percutian yang ringkas cukup untuk menyuburkan kasih sayang dan menimbulkan suasana bahagia dalam keluarga, serta dapat juga menyegarkan semula minda yang dah letih bekerja dan bekerja...

Seterusnya, biarkan gambar yang bercerita... (malas nak menulis panjang)

Depan Hotel Equatorial, Brinchang, Cameron Highlands


Koridor apartmen yang kami sewa...


Depan apartmen Equatorial yang kami sewa...


Aufa isi minyak selepas penat main playground...


Makcik jual strawberi coklat di Pasar Malam Brinchang...


Afnan makan strawberi coklat dengan bersungguh-sungguh (padahal posing je)


Gambar di Ladang Teh Boh...


Afnan dan Kumbang di Taman Rama-rama...


Taman rama-rama...


Taman rama-rama...


Petik strawberi di ladang strawberi...



Sebahagian hasil kutipan kami...


Strawberi coklat buatan isteri sendiri untuk staf inteam records...


Semenjak dua menjak ni, banyak juga balik ke Kampungku di Temerloh memandangkan keadaan kesihatan ibu tersayang yang kurang baik.. Baru semalam balik ke Kampung Arwah ayah di Jerantut utk memenuhi jemputan persembahan di Sek. Men. A. TAHAP.

Banyak kenangan pahit manis di Temerloh, kampungku...

Temerloh Kampungku...


Aufa dan Afnan di Temerloh


Afnan,Aufa dan Neneknya...


Ibu tersayang dengan cucu-cucunya


Temerloh Bandar Ikan Patin...
Sekitar penggambaran Tadarus Al-Quran 30 Juzuk untuk tayangan sepanjang Ramadhan, insya Allah...








Permata (Untuk Isteri Ku)




Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

Love You So Much :-)

Now and Forever

Whenever Im weary
From the battles that raged in my head
You made sense of madness
When my sanity hangs by a thread
I lose my way, but still you
Seem to understand
Now & forever,
I will be your man

Sometimes I just hold you
Too caught up in me to see
Im holding a fortune
That heaven has given to me
Ill try to show you
Each and every way I can
Now & forever,
I will be your man

Now I can rest my worries
And always be sure
That I wont be alone, anymore
If Id only known you were there
All the time,
All this time. . .

Until the day the ocean
Doesnt touch the sand
Now & forever
I will be your man
Assalamualaikum...

Show di Karnival Joran, Pendang kelmarin sengaja kami tidak mengambil penginapan yang dicadangkan penganjur, kerana menanti kami kehijauan nan mendamaikan di halaman teratak sahabat kami Hafiz di Kampung Padang Pusing, Pendang.

Subhanallah, alangkah damainya suasana kampung tersebut rasanya tak jemu nak berkunjung lagi ke sana. Terima kasih hafiz dan keluarga, insyaAllah 12.12 tahun ni kami akan ke sana lagi...



Padi menghijau di Pendang, Kedah.



Gunung Jerai, melatari sawah bendang di hadapan rumah Hafiz.



Gambar kenangan bersama anak-anak buah Hafiz.



Gambar kenangan dengan Hafiz, adiknya dan anak-anak buah beliau.


Syah, berbaju hijau di sawah yang menghijau.



Anak saudara hafiz; baby Naufal yang baru sebulan.




Di sini lebih sedikit merah dari yang hijau...



Matahari membahang setelah 2 minggu tak hujan...



Senja nan merah tanda masuknya waktu Maghrib...



Safa 'silhoutte' merenung masa depan bila akan berdua...




Senja melabuhkan tirainya, tanda kami perlu bersiap untuk show...
Assalamualaikum..
Actually ana around the world in two hours tu di Taman Tamadun Islam, dekat Masjid Kristal Kuala Terengganu. Kami singgah sekejap di situ on the way kami ke Kelantan utk menghadiri jemputan kenduri kahwin... Ada empat kenduri semuanya yang kami perlu hadiri di Kelantan; 1.Sepupu zaujah ana, 2.Musaza KTI, 3. Faiz roommate di UIA dulu dan 4. Busyairi juga sahabat sewaktu di UIA dulu

Kenduri Busyairi dan Isterinya

Kenduri Faiz dan Isterinya

Kenduri Musaza dan Isteri

Kenduri Anisah dan suaminya


Alhamdulillah, niat ana nak memenuhi undangan pengantin-pengantin baru ni terlaksana juga apabila ana dapat menghadiri keempat2 kenduri ni bersama keluarga. Walaupun keadaan trafik di Kelantan sangat sesak sebab cuti sekolah dan terlalu banyak be'woh (kenduri) yang di adakan dalam cuti sekolah ni. Ana difahamkan, sepupu zaujah yang bernikah hari Jumaat tersebut adalah pasangan ketiga dari 11 pasangan yang perlu dinikahkan jurunikah tersebut pada hari itu. Di sesetengah simpang ada sehingga 10 tanda arah ke kenduri kahwin, namun ana dan family cuba juga mencari-cari arah ke rumah pengantin-pangantin baru ni... Tahniah kami ucapkan kepada semua pengantin baru, semoga bahagia dunia dan akhirat...

Perjalanan kami kali ini agak jauh dan memenatkan sebab kami pergi dan balik ke Kelantan melalui jalan pantai (terengganu) sebab perlu mengambil keluarga kakak ipar ana di Kuantan.
Alhamdulillah Allah beri juga kekuatan utk meneruskan perjalanan dan kami singgah di Kuala Terengganu untuk berehat-rehat sambil bersiar-siar di Taman Tamadun Islam dan Solat Zohor di Masjid Kristal.

Walaupun pada awalnya ana agak prejudis juga dengan projek Masjid dan Taman Tamadun Islam ni, seperti kebanyakan orang lain yang menentang pembinaannya, tapi setelah ana pergi sendiri, bagi ana Taman Tamadun Islam adalah satu taman yang bagus, mendidik, dan konsepnya patut di ketengahkan. Cuma ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki pihak pengurusan Taman tersebut. Replika-replika Masjid-masjid dan binaan Islamnya sangat cantik dan unik kerana saiznya yang kecil dan juga terdapat auditorium-auditorium yang menayangkan penerangan-penerangan tentang sejarah binaan-binaan tersebut.

Masjid Kristal sendiri merupakan satu binaan yang sangat cantik, mungkin kesilapannya dari segi kos yang tinggi, tetapi masjid tersebut tidak perlu dipersalahkan walaupun kita tidak suka dengan orang yang membinanya. Masjid tetap masjid, tempat ibadah, di dalamnya didirikan solat, dialunkan bacaan Al-Quran bahkan ada sekumpulan pelajar tahfiz di dalamnya.

Berjalan dalam Taman Tamadun Islam mengingatkan ana sewaktu ke Taman Tema Disneyland di Hong Kong tempohari. Betapa orang kafir, yahudi bersungguh-sungguh menghasilkan sesuatu perkara dalam apa segi pun dengan kualiti terbaik, kebersihan dan perincian yang begitu teliti. Sedangkan sikap ini yang sepatutnya di amalkan umat Islam kerana ia memang dianjurkan oleh nabi kita Muhammad S.A.W. Bagi ana, Taman Tamadun Islam bolehlah dibanggakan juga binaannya, walaupun ia bukan tempat berhibur, tetapi tempat mendapat ilmu tentang dunia Islam sambil bersantai.


Replika-replika masjid dalam Taman Tamadun Islam
Masjid Kristal

Terima kasih tak terhingga buat Cikgu Mie sekeluarga; abg Ipar ana yang sudi melayan kami dengan baik sepanjang menginap di rumah beliau di Kubang Kerian, Kelantan.

Keluarga Cikgu Mie

Mekah dalam bahaya..beringatlah..

RIYADH - Perkhidmatan pemantau gempa bumi Arab Saudi menggesa penduduk di beberapa buah kampung di barat negara itu berpindah selepas gegaran berukuran 5.39 pada skala Richter dikesan berlaku.

Pusat Gempa Bumi dan Gunung Berapi Kebangsaan Arab Saudi menyatakan dalam satu kenyataan bahawa satu gempa bumi yang berlaku menjelang Subuh itu tidak menyebabkan kerosakan, kematian atau kecederaan.

Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan semalam meminta penduduk di lima buah kampung di barat kota Mekah supaya berlindung di khemah-khemah perlindungan yang dibina oleh pihak berkuasa.

Stesen-stesen televisyen Arab melaporkan bahawa kebanyakan penduduk sudah berpindah ke pusat perlindungan itu.

Pihak berkuasa turut mengedarkan topeng perubatan selepas orang ramai membuat aduan mengenai bau yang tidak menyenangkan akibat gempa bumi itu.

Sebelum ini, gempa bumi berukuran 4.9 pada skala Richter turut dikesan berlaku di kawasan sama. - AP

tanda-tanda akhir zaman sudah nyata..kiamat sudah dekat..

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0521&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

Artikel dari mujahidwafi.blogspot dipetik dari akhbar Kosmo


Saudi prepares fresh evacuation from volcano zone

20 May 2009 18:12:10 GMT

Source: Reuters

RIYADH, May 20 (Reuters) - Authorities were preparing to evacuate more people from a volcanic region in northwestern Saudi Arabia because tremors which have been shaking the area for weeks have been growing in strength, an official said.

The volcanic al-Ais region could suffer earthquakes measuring 6.5 on the Richter scale, said Zuhair Nawab, president of the Saudi Geological Survey (SGS). "We have extended the (extent of the emergency) ... zones to 40 km (24 miles)," said Nawab. The region lies 240 km from the holy city of Medina and 150 km from the port of Yanbu on the Red Sea. It is not close to the world's top oil exporter's oil or petrochemical facilities.

A quake measuring 5.4 hit the al-Ais region on Tuesday, just hours after a 4.8 tremor. Fears of an eruption in dormant volcanoes in al-Ais sent panic stricken residents fleeing to Medina and Yanbu last week. The last volcanic eruption in the area was 700 years ago, according to the SGS. Al-Ais, an ancient resting place for caravans travelling between the western and southern cities of the Arabian Peninsula and Syria, has an estimated population of around 60,000. (Reporting by Asma Alsharif; Editing by Jon Boyle)
Hantar Rahim dan bapa Mertua di KLIA, jam 1 pagi...

Selamat jalan ana ucapkan buat sahabat seinteam akhi Rahim untuk bertemu dengan kekasih Allah yang dirinduinya dan dirindui kita semua... Akhirnya Allah memperkenankan jua, cita-cita Rahim untuk menunaikan Ibadah Umrah di Mekah, dan menziarahi maqam nabi tercinta di Madinah...

Tuan Guru Haji Abdul Rahim Haji Osman.


Semoga impian ana untuk menunaikan umrah bersama Rahim, Syah dan Fairus akan dimakbulkan dan dipermudahkan Allah... Kad jemputan sudah ditulis, tapi belum dikirim, dan belum pun sampai lagi kepada kami bertiga.... Doakan impian ini terlaksana... amiiinnnn....

Kepada Akhi Rahim, sampaikan salam ana buat Kekasih Allah yang dirindu...

Akhi Fairus bersama bapa mertua Rahim.



Gerai Tuan Guru sebelah Gerai Inteam di pesta buku PWTC


Bersama Abg Azhan, di Kota Bharu, Kelantan... Selamat berjuang!!!


Amin; Sound engineer Inteam Records, dengan anak keduanya. Azkiyyah Sumayyah
Blog Widget by LinkWithin